Quantcast
Channel: ...Bicara Hati Ibu...
Viewing all 49 articles
Browse latest View live

Wartawan Malaysia mati tertembak di Lubnan

$
0
0

Wartawan Malaysia mati tertembak di Lubnan


KUALA LUMPUR — Wartawan Malaysia, Claudia Theophilus, 42, penerbit di syarikat penyiaran Al-Jazeera yang berpangkalan di Doha, Qatar, mati dipercayai akibat terkena tembakan dalam satu insiden di Baakleen yang terletak di sebuah kawasan pergunungan di Lubnan, semalam. 


Duta Besar Malaysia di Lubnan, Ilango Karuppannan berkata, menurut laporan awal polis, tiada elemen jenayah dalam kejadian yang menimpa Claudia pada kira-kira 2.30 pagi waktu Lubnan.


 


"Sebaliknya, ia berlaku secara tidak sengaja yang mana dia (Claudia) terkena tembakan dari satu senjata api," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


Beliau berkata, mayat Claudia akan dibawa pulang selepas segala urusan forensik dan bedah siasat selesai dijalankan.


Menurutnya, Claudia berkunjung ke Baakleen bersama dua rakannya yang merupakan rakyat Lubnan. 


Laporan media menyebut mangsa tiba di Lubnan pada 28 Januari lalu untuk melawat kawannya di negara itu.


Menurut laporan itu, Claudia terkena tembakan ketika beliau dan dua rakannya sedang ”bermain” dengan beberapa laras senapang sebelum senjata itu tiba-tiba meletup.— BERNAMA






TIP WANITA KENALI WATAK LELAKI

$
0
0
TIP WANITA KENALI WATAK  LELAKI


1. Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin Anda terlihat mempesona).  

2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah). 

3. Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti Anda tidak pernah ada di hatinya). 
 
 

4. Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan Anda berbeza. (Bukan berarti tak boleh bersatu, tetapi mencuba untuk saling memahami satu sama lain).  

5. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini).  

6. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telepon. (Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang Anda).  

7. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai Anda, dia akan menerima Anda apa adanya. Tak peduli Anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada Anda untuk diet ketika Anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai Anda).  

8. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman Anda. (Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah Anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).  

9. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian Anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada Anda).  

10. Lelaki tidak suka jika Anda bercerita tentang bekas kekasih anda. (Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada Anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih Anda).  

11. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua Anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan Anda!.  

12. Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan Anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda).  

13. Sesekali, lelaki menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti Anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya,kerana Anda ada untuknya).  

14. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah. 

15. lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.  

16. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. (Inilah yang membuat mereka gagal menelepon Anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana Anda memberikan respon yang negatif).  

17. Saat Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).  

18. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh.......lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).  

19. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan Anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika Anda melakukan ini pada kekasih Anda, maka ia akan terus menerus merindukan Anda).  

20. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji Anda (baca: merayu Anda).  

21. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berpikir keras ketika Anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, artinya mereka tidak mahu melakukannya. (Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai. Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong).  

22. Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi” (Masih ingat kan saat dia meminta Anda menjadi kekasihnya?).  

23. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi terkadang susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).  

24. Lelaki benci gay! (Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya. Dan terkadang mereka malah takut dan cenderung putus kawan dengan mereka yang berhubungan dengan sesama jenis).  

25. Lelaki sangat menyayangi ibunya.  

26. Lelaki akan menyimpan sebagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk Anda. 

27. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka,(tetapi bukan berarti mereka menyukai wanita itu).  

28. Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali Anda menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri Anda.  

29. Jika seorang lelaki dengan sungguh-sungguh mengatakan, Anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati.  

30. Bukan lelaki saja yang gemar bergosip,ketika bersama kawan lelakinya, mereka juga selalu bergosip.  

31. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. (Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat Anda bersedih).  

32. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan apa adanya.  

33. Boleh saja membuat lelaki penasaran pada Anda, tetapi jika digantung terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jenuh.  

34. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.  

35. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.  

36. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.  

37. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.  

38. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, Anda cukup mendengarkannya. Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya.  

39. Jika ada seorang lelaki menyukai Anda, lihat lebih jauh ke dalam matanya. (Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu).  

40. Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan Anda dari lelaki lain. (Salah satunya dengan menolak diajak jalan-jalan ke shopping mall).  

41. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas,dibanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.  

42. Lelaki adalah makhluk yang sok pandai, mereka malu bertanya kepada wanita apa yang diinginkan.Hasilnya,kebanyakan tekaan mereka seringkali meleset.  

43. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah diwujudkan.  

44. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahasia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahasia dengan baik.  

45. Terkadang, lelaki terlalu banyak berpikiran negatif berbanding positif.  

46. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi. (Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga).  

47. Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu penting bagi lelaki, tetapi mereka cukup peduli pada berat badan (wanita khususnya, termasuk Anda).  

48. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. (Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar Anda, serta selalu memeriksa inbox message di dalam handphone Anda)  

49. Jika Anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki Anda, mereka tidak akan pernah boleh jauh dari Anda. 

50. Bagi Lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.

Sumber: AWANBIRU





KISAH PENGORBANAN KETABAHAN SEORANG ISTERI

$
0
0




KISAH PENGORBANAN KETABAHAN SEORANG ISTERI

Bila cinta beralih arah


Sekali air bah, sekali pantai berubah.

Inikan manusia yang punya hati dan perasaan. Manusia yang hatinya sentiasa berbolak balik. Manusia yang Imannya kadang bertambah, kadang berkurang.
 
Kisah ketabahan seorang isteri apabila si suami beralih arah cinta. Kecekalan seorang wanita berhadapan dengan kanser dan pada saat itu, suami memohon agar perkhwinan selama 10 tahun mereka diakhiri dengan perceraian.
 
 
 

  

 Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, “ Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya.


 





Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?”.

Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut. “Mengapa bang? Apa salah saya?”. Giliran aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan Rina. Air matanya mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya. Cintaku bukan pada Rina lagi.


Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami bercerai. Rina merenung wajahku. Pandangannya kosong. 10 tahun kami berkahwin tetapi malam ni kami umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka. Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.

Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari penceraian kami melainkan tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai suami isteri. Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan penceraian kami. Aku bersetuju.


 Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama kami. Dia meminta untuk tempoh sebulan ini, aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tetapi aku tetap bersetuju.

Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya mengatakan ini semua kerja gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam membatu.

Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan kami terus hilang. Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang sambil ketawa dan berkata, “Ayah dukung ibu ya”. Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat kerja.


Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit, aku tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.

Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih padanya. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.


Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. “Semua baju saya besar”. Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas di fikiranku. Mungkin Rina sedang menyembunyikan keperitan hatinya lantaran sikapku selama ini. Tanda sedar aku merangkul tubuhnya dan membelai rambutnya.

Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata “ Ayah, cepat lah dukung ibu keluar”. Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sndiri mengubah fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan.


Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan berkata “ Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang keintiman”. Aku terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat. Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku masuk dan aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina. Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”.

Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua,“Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana kami tidak lagi menyintai satu sama lain”. Tasya menjerit sekuat hati dan aku terus melangkah keluar.
 



Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina. Aku capai sekeping kad dan ku tulis, “Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut memisahkan kita”.

Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras.

Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. Sekian lama Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya untuk menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu sekurang-kurangnya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang.

Perkara-perkara mudah dan ringkas yang anda lakukan bersama adalah yang sebenarnya penting dalam perkahwinan. Bukan banglo, kereta, harta, dan wang di bank. Semua itu hanya wujudkan persekitaran yang kondusif untuk kebahagiaan tetapi tidak dapat memberi kebahagiaan pada kita.

Jadi carilah masa untuk menjadi sahabat kepada isteri/suami anda dan lakukan perkara-perkara kecil untuk satu sama lain yang membina keintiman. Binalah kemanisan rumah tangga anda. Hargailah setiap pengorbanan pasangan anda.


SUMBER; FB


Ombak Rindu Padamu

$
0
0
Ombak Rindu Padamu



Di kedinginan pagi
Kabus melatari bumi
Awan mendung memayungi 
Unggas rimba bernyanyi

Hujan gerimis menitis

Setitis demi setitis
Hujan membasahi bumi
Enggan pergi
Kerna matahari
enggan menjenguk diri

Hujan Disember masih berlarutan
Hingga Februari yang tiba
Panas terik seketika cuma
tiba-tiba turun sang hujan

Februari ini

Dingin di sini
Tidaklah sedingin 
Taman nun di sana
 
Rindu Yang bertamu
Bersama deru ombak rindu
Hempas menghempas Bertalu-talu
Ombak di Pasir dan pantai bersatu
menyanyikan lagu rindu

......irama yang tak terpisah
setia sang pantai 
selagi sang ombak 
menghempas pantai


 

Ombak rindu
terus bernyanyi
lagu pilu
menanti
dan terus menanti
suatu janji
yang pasti
InshaAllah daripada Pangeran yang Memiliki

Hujan masih belum mahu berhenti
Awan terus mengalirkan air mata jernih suci
Berarak bersama rindu yang sarat
Rumah Kecil Di kaki bukit
kabus masih menyelimuti
Dingin sekali
Namun masih tidak sedingin sebuah tanah suci
Di sana yang dingin Februari ini
Taman Raudhah yang diimpi

Ombak rindu
Februari dan Rabiul Awwal
Antara dua peristiwa 
Tercatat dalam sejarah dunia
Satu 
......Februari di barat
Dua
......Rabiul Awwal di timur
Memang Pilihan di tanganmu
Namun pilihlah hanya satu
kerna hanya satu jalan sahaja
yang akan selamat ke sana.

Itulah jalan 
penunjuk dari kegelapan
kepada  sinaran terang benderang
dari kesesatan
kepada kebenaran
dari penindasan
kepada pembelaan
dari pecah belah
kepada penyatuan
Kerana Hanya Dengan Kalimah
Lailahaillallah Muhammadarrasulullah

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
Say: He is Allah the One and Only‬

InshaAllah kan selamat


....Ketika satu pintu tertutup.....
.....Allah bukakan banyak lagi pintu ...
....Untuk kita ambil manfaat....


Puisi Karya Ummu @ Bicara Hati Ibu

http://www.myukhuwwah.com/ 
Sumber gambar; google




Kekasih Berlainan Bangsa Rela membujang jika kekasih ditolak

$
0
0

Kekasih Berlainan Bangsa Rela membujang jika kekasih ditolak

  Ketika Rindu Mana yang lebih sweet

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel ini dipetik dari kolum Dang Setia dimuatnaik di sini sebagai rujukan pemilik blog. Sekian terima kasih.

Saya bercinta dengan lelaki bukan Melayu. Dia baik dan sering memberi dorongan setiap kali saya berdepan masalah. Saya tertarik dengan sikapnya yang ‘gentleman’ dan bertanggungjawab, mungkin disebabkan kebanyakan lelaki asing diasuh sedemikian.

Lebih membuatkan saya terpikat, dia kacak dan tidak pernah ambil kesempatan biarpun kami keluar lewat malam berdua-duaan.
Dia pernah meluahkan hasrat untuk menyunting saya menjadi isterinya, tetapi saya bimbang ia hanya angan-angan kosong.
Bahasa serta budaya menyebabkan keluarga saya keberatan menerimanya. Saya berasal daripada kampung dan ibu bapa saya jenis konservatif, membuatkan mereka menolak teman lelaki saya.


Sebaik saya maklumkan pada teman lelaki, dia tidak melenting tetapi meminta saya bertenang. Dia sanggup menemui keluarga saya bagi memujuk orang tua saya. Saya luahkan hasrat pasangan kepada ibu, tetapi ibu meminta saya menghalang kerana khuatir tindakan itu hanya memburukkan keadaan. 





Saya tidak sanggup berpisah dengan teman lelaki yang sungguh baik. Ikutkan hati, kalau ibu bapa tidak terima, saya nekad membujang sampai ke tua.

LIDYA
Teluk Intan, Perak


Terlebih dulu, Dang Setia ingin bertanya kepada Lidya, sanggupkah membujang sampai ke tua? Jangan sekali-kali meluahkan kata-kata bermaksud ugutan kepada ibu bapa.

Daripada ingin menagih simpati ibu bapa, boleh jadi mereka marah dan tambah meluat dengan pasangan kerana seolah-olah saudari didorong pasangan untuk melakukannya.

Lebih baik guna pendekatan lebih halus serta diplomasi. Ibu bapa mungkin ada sebab sendiri mengapa mereka menolak pasangan. Aspek itu wajib saudari kenal pasti supaya dapat mencari jalan keluar kepada permasalahan terbabit.

Ibu bapa mana tidak bimbangkan anak sebaik dipinta mengahwinkan mereka dengan lelaki bukan Melayu. Tambah pula kebelakangan ini pelbagai lambakan kes dilaporkan oleh media mengenai kes membabitkan warga asing, membuatkan ibu bapa saudari berasa cuak.

Mungkin lebih baik saudari perkenalkan pasangan terlebih dulu kepada keluarga sebelum buat keputusan. Malah, andai pasangan memahami adat budaya serta bijak mengambil hati orang tua saudari, mereka akan lebih terbuka menerimanya.

Hanya mengenali pasangan menerusi cerita saudari, tidak memadai membantu mereka membuat pertimbangan wajar. Teruskan memujuk dan mohon kerjasama kekasih untuk tidak putus asa dalam memikat hati ibu bapa saudari.


Sumber: Harian metro, Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/06



Ikan Pari Gergasi Ditangkap di Kelantan Oleh Dua Remaja

$
0
0

 Ikan Pari Gergasi Ditangkap di Kelantan Oleh Dua Remaja


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ikan pari, ada sesetengah kita yang tidak makan ikan ini. Dalam beberapa kes, ada manusia meninggal dunia setelah terkena bisa ikan pari.

Akhbar melaporkan, Rashid Arshad, 55, disengat pari pada tangan kanannya ketika dia cuba menanggalkan ikan tersebut daripada pukatnya. Rashid berjaya mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru tetapi meninggal dunia selepas koma selama 48 jam.


DURI ikan pari berbentuk seperti gergaji bermata halus namun bisanya terletak pada lendir.


Dalam insiden hampir sama di Terengganu, seorang pemuda terpaksa menanggung derita selama lapan tahun gara-gara sengat pari yang tersisa di bahagian punggungnya. Penderitaan pemuda itu berakhir setelah sekumpulan pakar berjaya mengeluarkan bisa itu pada tahun lalu.
Mengulas mengenai bahaya bisa ikan pari yang enak dimasak asam pedas, Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Mazlan Abd. Ghaffar berkata, kematian akibat tertusuk bisa ikan pari merupakan fenomena terpencil malah tidak ada sebarang laporan khusus membabitkan kes itu di Malaysia.“Ikan pari bukanlah sejenis haiwan pembunuh tetapi kes-kes kematian berlaku ini berpunca apabila ikan tersebut bertindak agresif setelah ia berasa terancam,” katanya kepada Jurnal (K0smo) baru-baru ini.

Dua remaja tangkap ikan pari gergasi


MOHAMMAD AZRI (kiri) memegang pari gergasi yang berjaya ditangkapnya di Kampung Gong Datuk, Pasir Puteh semalam.
Sumber Gambar; Kosmo Online




 
PASIR PUTEH - Penduduk di Kampung Gong Datuk, dekat sini gempar apabila dua remaja kampung berkenaan yang menahan pukat berhampiran pintu kawalan air Gong Kulim di Terusan Semerak membawa pulang seekor ikan pari seberat 150 kilogram yang terperangkap di pukat yang dipasang mereka petang semalam.


 
Pari daripada jenis pari batik dengan ukuran lebar 1.8 meter dan panjangnya tiga meter itu kini menjadi tumpuan seluruh penduduk kampung berkenaan yang sebelum ini tidak pernah melihat ikan pari besar yang dianggap bersaiz gergasi.


Remaja terbabit, Mohamad Azri Azmi, 20, berkata, ikan yang tersangkut pada pukat disedari ketika dia bersama rakan, Nik Mohd. Anaz Nik Mansor, 17, ke sungai berkenaan untuk memungut hasil tangkapan selepas pukat itu ditahan lewat petang kelmarin.


Menurutnya, sangkaan awal pukat yang tidak mampu ditarik dari dasar sungai ke atas bot mungkin disebabkan tersangkut pada akar kayu.


"Kami terpaksa berhempas pulas menarik pukat itu sehingga kelihatan bentuk badan ikan pari besar yang tersangkut pada pukat. Nasib kami baik dengan rezeki yang tidak diduga itu walaupun bot kami hampir tenggelam apabila ikan berkenaan cuba melepaskan diri ketika diangkat naik ke atas bot," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Datuk dekat sini petang semalam.


Mohammad Azri berkata, mereka berdua menggunakan pendekatan menarik pukat ke tebing sungai kerana tidak mahu ikan sebesar itu terlepas begitu sahaja.


"Ini kali pertama ikan sebesar itu tersangkut pada pukat saya dan yang peliknya ia berada di kawasan air tawar sedangkan spesies ikan ini hidupan air masin.


"Saya terpaksa menghubungi ayah supaya datang dengan kereta untuk membawa pulang ikan berkenaan. Saya anggap ini rezeki keluarga kerana sebelum ini pukat yang ditahan hanya memerangkap ikan kecil," katanya.


Jurucakap Jabatan Perikanan Kelantan ketika dihubungi berkata, ikan berkenaan hidup dalam habitat pantai dan air payau dan paling banyak ditemui di antara perairan Afrika Selatan hingga ke Australia.


sumber Artikel dan gambar; Kosmo Online

 

Pari gergasi 150kg tersangkut di pukat

PASIR PUTEH - Penduduk di sini gempar apabila dua remaja membawa pulang ikan pari seberat 150 kilogram yang tersangkut di pukat yang dipasang di Terusan Semerak berhampiran Tidal Gate Kulim, Gong Datuk dekat sini, semalam.
Ikan ‘pari batik’ atau nama saintifik himantura uarnak itu menarik perhatian penduduk yang rata-ratanya belum melihat ikan pari sebesar itu.

Mohamad Azri Azmi, 20, berkata, kejadian itu disedari ketika dia bersama rakan, Nik Mohd Anaz Nik Mansor, 17, ke sungai untuk memungut hasil tangkapan jam 7.30 pagi semalam selepas memasang pukat jam 5 petang kelmarin.

Katanya, dia pada mulanya menyangka pukat tersangkut kerana tidak terdaya untuk mengangkatnya ke bot.

“Saya terkejut melihat ikan pari besar tersangkut pada pukat, ketika kami mengangkatnya ke bot, ikan itu menggelepar sehingga bot hampir tenggelam.

“Kami panik tapi terus berusaha menariknya ke tebing kerana tidak mahu ikan itu terlepas begitu sahaja kerana inilah kali pertama ikan sebesar itu tersangkut pada pukat saya,” katanya yang tidak menyangka ikan pari sebesar itu berada dalam kawasan air tawar.

Mohamad Azri terpaksa menghubungi ayahnya supaya datang dengan kereta untuk membawa pulang ikan tersebut.

“Ayah saya sampai tidak lama selepas itu dan dengan dibantu beberapa kawan, ikan itu berjaya dibawa pulang ke rumah dengan mengikatnya di atas bonet kereta.

“Saya menganggap ini rezeki keluarga kerana sebelum ini pukat hanya mengena ikan kecil, tidak berbaloi untuk berulang alik sejauh tujuh kilometer dari rumah saya,” katanya.

Himantura uarnak hidup dalam habitat pantai dan air payau serta banyak ditemui di antara Afrika Selatan hingga ke Australia itu boleh membesar sehingga dua meter lebar sementara ikan pari yang berjaya ditangkap Mohamad Azri semalam selebar 1.8 meter dan panjangnya tiga meter.

Mengikut senarai merah International Union for the Conservation of Nature (IUCN), Himantura uarnak dari famili Dasyatidae itu diklasifikasikan sebagai haiwan hampir terancam.


Sumber;
Sinar Harian Online


Sengatan maut ikan pari


BARU-BARU ini, kita dikejutkan dengan berita seorang pesara tentera mati akibat disengat ikan pari.

Akhbar melaporkan, Rashid Arshad, 55, disengat pari pada tangan kanannya ketika dia cuba menanggalkan ikan tersebut daripada pukatnya. Rashid berjaya mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru tetapi meninggal dunia selepas koma selama 48 jam.


Dalam insiden hampir sama di Terengganu, seorang pemuda terpaksa menanggung derita selama lapan tahun gara-gara sengat pari yang tersisa di bahagian punggungnya. Penderitaan pemuda itu berakhir setelah sekumpulan pakar berjaya mengeluarkan bisa itu pada tahun lalu.


Juga mengenai pari, pakar hidupan liar tersohor dari Australia, Steve Irwin meninggal dunia dalam tempoh kurang 10 minit selepas dadanya tertusuk duri ikan pari gergasi pada 2006.


Mengulas mengenai bahaya bisa ikan pari yang enak dimasak asam pedas, Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Mazlan Abd. Ghaffar berkata, kematian akibat tertusuk bisa ikan pari merupakan fenomena terpencil malah tidak ada sebarang laporan khusus membabitkan kes itu di Malaysia.



“Ikan pari bukanlah sejenis haiwan pembunuh tetapi kes-kes kematian berlaku ini berpunca apabila ikan tersebut bertindak agresif setelah ia berasa terancam,” katanya kepada Jurnal baru-baru ini.


Menurutnya, jumlah bisa pada pari berbeza mengikut saiz ikan pari.


“Jika besar saiz ikan pari, maka jumlah kuantiti bisa yang dihasilkan juga banyak.


“Dalam kes Rashid di Muar, Johor itu, kemungkinan besar mangsa menarik jaring ketika berada di dalam air laut sekali gus menyebabkan ikan pari sangat aktif.


“Kebiasaan nelayan menjala ikan di laut di bawah paras aras pinggang. Apabila dibawa ke darat, ikan itu tidak akan memberi ancaman yang besar,” ceritanya.


Tambah Mazlan, mangsa mungkin berdepan komplikasi dengan penyakit lain termasuk penyakit tekanan darah tinggi.


Katanya, kebanyakan mangsa yang terkena sengat ikan pari akan berasa sakit dan mula bengkak serta berdenyut.


“Perkara utama yang boleh dilakukan adalah dengan menyapu cuka kemudian dapatkan rawatan perubatan di hospital berdekatan.


“Paling penting, mangsa tidak boleh panik kerana ia pasti menyebabkan keadaan lebih serius,” katanya.


Seorang kaki pancing, Ismail Faisal mempunyai cerita tersendiri setiap kali dia hendak mendaratkan pari. Ismail yang sudah memancing lebih dua dekad mendakwa, ikan pari merupakan antara spesies ikan yang berbisa.

Bagaimanapun, sengatan pari tidaklah sampai boleh menyebabkan nyawa melayang, katanya.


“Kematian yang berlaku mungkin berpunca daripada alahan seseorang terhadap bisa sengatan ikan itu.


“Memang kita akan terasa kesakitan apabila disengat pari tetapi tak pernah pula kawan-kawan saya mati disengat pari,” katanya yang pernah disengat ikan pari sebanyak tujuh kali sepanjang pengalamannya sebagai pemancing profesional.


Hampir senada dengan Ismail, Presiden Persatuan Pemancing Malaysia (PeMM), Ridzuan Ghazali berkata, lendir pada duri pari merupakan toksin yang berbahaya.


Tegasnya, kematian kemungkinan boleh berlaku apabila terkena pada tempat saluran darah utama.


“Allahyarham Rashid mati mungkin disebabkan bisa pari memasuki nadi tangan kanan sebelum merebak ke jantung. Biasanya, sengatan ikan pari akan meninggalkan nanah dan membawa bau busuk jika tidak dirawat dengan segera,” katanya.

Sumber: KOSMO ONLINE


BULI OH BULI JANGAN BULI BALIK

$
0
0
BULI OH  BULI JANGAN BULI BALIK


talian hotline KPM buli 1-800-884774

TOPIK PAGI @ IKIM.fm :  Dibuli dan dipukul oleh rakan sebaya, dipaksa makan pil yang tidak diketahui: Sekiranya ini berlaku kepada anak anda, apakah yang akan anda lakukan? (3 Rabi'ulakhir / 14 Februari 2013)

Apa tindakan sewajarnya?

Kenyataan di atas saya petik dari FB IKIMfm

Jika ditanya pengalaman saya sepanjang bergelar pelajar di asrama, Alhamdulillah Allah memudahkan urusan pembelajaran saya. Kami hidup saling berkasih sayang. Senior bantu junior. Ketika pertama kali masuk ke asrama, telaha da senior dan guru yang membantu saya menyusun kain baju di almari. 

Peristiwa paling ingat, akak senior tolong mencucikan semua pakaian dan cadar saya dengan tangannya sehingga saya sudah tahu cara nak mencuci cadar dengan baik barulah kakak senior benarkan saya cuci sendiri cadar asrama saya. Terasa sangat kasih sayang mereka kepada saya dan akawan-kawan. 

Pihak sekolah mengadakan program naqibah di mana kakak naqibah akan ambil tahu kebajikan adik-adik naqibahnya. 



 
Setiap guru juga diberi tanggungjawab menjaga anak-anak angkatnya. Jika sekarang disebut mentor mentee. Keistimewaan guru-guru saya ialah saya dapat rasakan aksih sayang mereka mendidik, menegur kami jika buat salah dan mendenda kami dengan hati yang tulus kerana Allah. Alhamdulillah, tiada rakan lelaki  yang berdendam apabila dirotan ustaz dan guru atas kesalahan merokok dan lain-lain.

Sepanjang saya bergelar pendidik, Alhamdulillah saya jarang menemui situasi ini. Jika ada berlaku pun, selalunya Alhamdulillah keadaan ini dapat diatasi dengan baik dan bijaksana. Namun berada di tempat baru, situasi baru dengan keadaan saya yang begini, saya perlu memahami dan study banyak perkara.

Berdasarkan pengalaman, jika ada kes seumpama ini di sekolah, pihak sekolah ada menjalankan prosedur tertentu menangani gejala ini. Antara tindakan yang dibuat  oleh pihak sekolah ialah tindakan disiplin dan adanya sesi kaunseling. Sesi kaunseling samada kepada pembuli dan kepada yang dibuli dalam sesi berasingan.

Punca buli memang banyak. Berdasarkan pemerhatian, nampaknya didikan kesedaran kehidupan beragama dan bertuhan dari rumah penting dari anak masih kecil lagi ibarat melentur buluh dari rebungnya. Didikan dari rumah yang teguh kepada penghayatan hidup bertuhan disinambungkan pula di sekolah, kejiranan yang baik dan suasana yang baik.....

 Apa yang penting, pentadbir sekolah, semua guru samada guru disiplin atau bukan, guru kaunseling atau bukan, kakitangan sekolah, pelajar, ibu bapa dan masyarakat perlu bersatu padu mewujudkan suasana selamat di sekolah dan zero buli di sekolah.

Antara langkah cadangan Jika Anak dibuli, boleh baca di sini.

Apa pandangan kawan-kawan?

Al Fatihah Untuk Ibu Catriona Ross dan rakan-rakan

$
0
0
Al Fatihah Untuk Ibu Catriona Ross dan rakan-rakan 

 

Al Fatihah untuk semua mangsa kemalangan, Siti Zawiyah Ab. Rahman, 63,  yang juga merupakan Ibu Catriona Ross. Al Fatihah juga untuk allahyarhamah Norini Abd. Ghani, 52, dan Sitah Abdullah, 42.  Takziah untuk keluarga mangsa.

Ibu Catriona Ross maut nahas






BEGINILAH keadaan kereta Proton Saga BLM yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan hingga mengakibatkan Siti Zawiyah dan dua kenalannya maut di Gerik semalam.



GERIK - Ketika peristiwa kemalangan yang hampir meragut nyawanya pada 14 April 2007 masih belum dapat dilupakan, pelakon Catriona Ross kini terpaksa menerima hakikat kehilangan ibunya selepas warga emas tersebut maut dalam nahas semalam.





Kejadian pada pukul 12.40 tengah malam di Kilometer 61.8, Lebuh Raya Timur-Barat berhampiran Perhentian Titiwangsa dekat sini itu mengakibatkan Siti Zawiyah Ab. Rahman, 63, meninggal dunia di tempat kejadian.


Turut maut dalam kejadian itu ialah dua kenalannya, Norini Abd. Ghani, 52, dan Sitah Abdullah, 42. Pemandu kereta Proton Saga BLM, Mustapa Che Su, 59, pula parah dan kini dirawat di Hospital Taiping dekat sini.


Kesemua mangsa dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan untuk ke rumah kenalan mereka di Kepala Batas, Pulau Pinang.


Difahamkan selepas itu, kesemua mangsa bercadang untuk menyampaikan sumbangan kepada Madrasah Zabaydiah, Merbok, Kedah namun hasrat itu tidak tercapai.


Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Manab Baharom berkata, kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Mustapa telah bertembung dengan sebuah bas di laluan bertentangan ketika hendak memotong beberapa kenderaan di hadapannya.


"Ekoran itu, kereta tersebut telah terbabas ke dalam longkang. Tempat kejadian terletak tidak jauh dari Hutan Belum dan berkabus," katanya.


Tambahnya, pemandu dan 29 penumpang bas berkenaan yang dalam perjalanan ke Kuala Terengganu, Terengganu tidak cedera.


Menurut Manab, mayat kesemua mangsa dibawa ke Hospital Gerik dekat sini.


Sebelum ini, Catriona atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 33, yang membintangi beberapa filem dan drama seperti Qabil Khushry Qabil Igam, Cermin, Rafflesia dan Sephia pernah terlibat dalam kemalangan ngeri yang mengakibatkan kedua-dua belah tangan dan kakinya patah pada 14 April 2007.


Kemalangan di Kilometer 230.8, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Rembau, Negeri Sembilan itu berlaku selepas kenderaan Chevrolet yang dipandu rakannya, Jeniffer Govia ke arah Ayer Keroh, Melaka dirempuh sebuah treler.


Sumber: Kosmo



Dunia Baruku Rindu Bertamu

$
0
0
Dunia Baruku Rindu Bertamu



Gambar Pemandangan Sungai Kuantan dari atas jambatan


Saya kini berada di tempat baru. Lebih kurang 3 bulan pertama ini, saya dalam proses mengenali, mengingati dan memahami watak dan perwatakan di sekitar saya. Sebagai orang baru, banyak perkara yang perlu saya pelajari persekitaran di sini.


Sejak akhir-akhir ini, ops sejak tahun 2012 lalu, saya jarang-jarang dapat meng update blog ini atas sebab saya telah kembali ke perjawatan hakiki saya. Ini bermakna, masa untuk saya berblog di sini semakin kurang.

Terima kasih kepada rakan-rakan followers Blog myukhuwwah yang sudi menjadi followers blog ini meski jarang dapat dikemaskini. 


 

 Blog Bicara Hati Ibu yang bagi saya time frame perjalanan hidup saya. Rindu itu ada untuk meninggalkan jejak di blog sahabat-sahabat followers sedari awal kemunculan blog ini, raudhatulukhuwah.blogspot.com....

Cuma acapkali tiada rezeki untuk saya mengemaskini dan berblog walking sebagaimana ketika awal kemunculan blog ini. Maklumlah ketika itu saya tidak bekerja kerana bed ridden dan mempunyai housemaid bagi membantu menguruskan hal rumahtangga.

Kini Alhamdulillah kondisi fizikal saya yang dalam proses pemulihan. Berada di tempat baru, ramai yang tidak tahu sejarah kondisi saya. Apa yang dilihat ialah apa yang nampak pada luaran.  

Setelah memecut enjin turbo di tempat baru sejak 2 bulan lalu, termasuk pada hari Sabtu setiap hujung minggu.  Hari ini saya diberikan rehat oleh Allah. Alhamdulillah terima kasih ya Allah. Ya, tubuh badan kita kadang kala memerlukan 'rehat'. 

Terima kasih juga saya ucapkan kepada pasukan perubatan di tempat tinggal baru saya yang cakna dan prihatin, Terima kasih Ya Allah Dikau memudahkan urusan kami.








Viewing all 49 articles
Browse latest View live