Quantcast
Channel: ...Bicara Hati Ibu...
Viewing all 49 articles
Browse latest View live

Cuepacs mahu kerajaan umum segera Jadual Gaji

$
0
0
Cuepacs mahu kerajaan umum segera Jadual Gaji


KUALA LUMPUR - Cuepacs hari ini mahu kerajaan mengumumkan jadual gaji yang lengkap untuk pekerja sektor awam secepat mungkin bagi memastikan mereka dapat menikmati pergerakan gaji yang mantap.
  
Setiausaha Agungnya, Loke Yim Pheng berkata, dengan adanya jadual gaji yang baru, ia juga dapat mengatasi masalah pekerja yang akan menghadapi masalah mencapai tahap gaji maksimum atau 'gaji mati' tahun depan.






   





"Awal tahun depan, dianggarkan hampir 50,000 penjawat awam akan menikmati gaji maksimum, kalau mereka tidak ada jadual gaji yang lengkap, bermakna mereka tidak dapat pergerakan gaji," katanya kepada Bernama di sini.
  
Sementara itu, Loke yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berkata, cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil guru dari India yang mahir dalam Bahasa Inggeris mengajar di sini merupakan cadangan yang baik.
  
Beliau berkata kemasukan guru dari negara luar dapat berkongsi kepakaran dan idea serta amalan baik dengan guru di negara ini bagi melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif.
  
"Tetapi, untuk jangka panjang, kita perlu membina dan membentuk satu kumpulan guru yang betul-betul berkualiti dan bertaraf antarabangsa, justeru mereka juga boleh berkongsi idea, kefasihan dalam Bahasa Inggeris dengan negara luar," katanya. - Bernama






2013 Bakal Temu Planet kembar Bumi?

$
0
0
2013 Bakal Temu Planet kembar Bumi?


Lebih 800 exoplanet sesuai didiami makhluk Bumi dikenal pasti berada di luar Sistem Suria. 
Foto: ESA/Hubble, NASA


Planet kembar Bumi ditemui 2013?


 

SAN JUAN - Planet asing yang sesuai didiami makhluk Bumi akan dikenal pasti pada tahun depan, menurut laporan terbaru saintis baru-baru ini.
Saintis di Universiti Puerto Rico di Arecibo, Abel Mendez berkata, mereka yakin akan menemui planet 'kembar' Bumi yang pertama dalam masa terdekat memandangkan ahli astronomi telah menemui beberapa exoplanet (planet di luar Sistem Suria) sejak beberapa tahun lalu.

Difahamkan, pertama kali exoplanet ditemui pada tahun 1995 dan sejak itu lebih 800 dikenal pasti berada di luar Sistem Suria. Teleskop angkasa Kepler milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) juga telah mengesan lebih 2,300 planet asing berpotensi untuk didiami sejak Mac 2009. - SPACE.com





Apabila Isteri Muda Dibunuh...

$
0
0
Apabila Isteri Muda Dibunuh...




Saban hari permasalahan sosial sekarang seperti isu buang bayi, pelacuran, bohsia dan sebagainya semakin meruncing. Masyarakat terus menyalahkan pihak wanita yang kononnya lemah, mudah terpedaya dan sebagainya. 

Namun, kita sering melupakan bahawa isu ini bukan hanya berpunca dari satu pihak sahaja. 'Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi'. Kita alpa bahawa kelahiran yang sepatutnya suci murni itu turut dicemarkan oleh "ayah" yang tidak bertanggungjawab. 

Maka, seeloknya kita merenung kembali peranan lelaki terhadap wanita seperti yang dianjurkan oleh Allah dalam Al-Quran:

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka..." (al-Nisa', 4:34)


Ekoran berita kematian Isteri Muda berusia 17 tahun yang disyaki dibunuh oleh suaminya sendiri, pelbagai pendapat di sana sini. Al Fatihah untuk Allahyarhamah Nur Fatimah Anis Md Radzi, 17,

Di luar negara pula, seorang gadis di India menjadi mangsa rogol beramai-ramai telah pun meninggal dunia semasa mendapat rawatan lanjut di Singapura.

Bagi saya ia adalah salah satu kekejaman Terhadap wanita yang tidak patut dilakukan oleh mana-mana individu.

Sebagai seorang Muslim mari kita renungkan Hadith Rasulluah SAW:

Doaku Untukmu Sayang Adik-adikku Agar Jodoh Kalian
 Dengan Hamba Allah Yang Beriman dan Bertaqwa

“Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”
 (Surah Al-furqan: 74)

Rasullullah diriwayatkan bersabda kepada kaum lelaki yang bermaksud, 

"Ingatlah, terimalah wasiatku, pergaulilah wanita (isteri) dengan baik kerana sesungguhnya mereka adalah tanggungjawab di tangan kamu. Kalian tidak mempunyai apa-apa hak daripada mereka kecuali perkara itu melainkan jika mereka melakukan perbuatan yang menyimpang dan keji. 

Apabila mereka melakukan perkara tersebut, maka janganlah tidur bersama mereka dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan. Jika mereka patuh kepada kamu maka janganlah kalian mencari jalan menyakiti mereka. Ingatlah, sesungguhnya kamu mempunyai hak atas isteri-isteri kamu dan mereka mempunyai hak ke atas kamu. 

Adapun hak kalian ke atas isteri-isteri kalian adalah tidak mengajak orang yang kamu benci tidur di atas ranjang kalian dan tidak pula mengajak orang yang kamu benci masuk ke dalam rumah kamu. Dan hak isteri-isteri kamu ke atas kamu adalah memberikan pakaian dan makanan kepada mereka dengan baik."


Keganasan Emosi Penderaan Terhadap Wanita . klik di sini.
Doaku Untukmu adikku, di sini.

Lelaki itu sepatutnya pemimpin, bukan diktator!

Allah telah memuliakan lelaki sebagai pemimpin kepada wanita. Islam telah meletakkan garis panduan yang lengkap seharusnya bagaimana peranan pemimpin yang dimainkan oleh lelaki.



 

 Peranan lelaki sebagai suami, ayah, abang dan anak itu adalah sebagai pelindung kepada wanita-wanita di bawah tanggungjawabnya. Antara peranan lelaki dalam melindungi wanita dan keluarganya adalah:

■Memastikan prinsip Islam terlaksana dalam keluarga.
■Menjadi teladan yang baik.
■Memastikan komunikasi yang baik dalam keluarga.
■Memastikan keluarga terhindar dari azab neraka.

"Hai orang-orang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka.." (At-Tahrim, 66:6)

Wahai lelaki, jika anda tahu betapa pentingnya peranan anda dalam kehidupan wanita, pasti anda sebagai lelaki tidak akan sanggup membiarkan kekasih-kekasih anda membuang 'benih' yang telah anda semai. Pasti anda tidak sanggup membiarkan ibu anda meniti hari-hari tua tanpa kasih sayang dari anda, dan pasti jua anda tidak tegar untuk menjadi dayus dengan membiarkan isteri-isteri dan anak-anak perempuan anda dipukul, dan dibiarkan tanpa pembelaan dan nafkah.

Namun, bagaimana seharusnya lelaki sebagai pemimpin, adakah umpama diktator yang hanya memberi arahan? Tidak sama sekali! Islam tidak pernah memuliakan lelaki sebagai pemimpin dengan tujuan supaya ia dapat menindas kaum perempuan. Malah Islam telah menganjurkan lelaki supaya berlemah lembut dengan wanita.

Misalnya, suami diangkat sebagai ketua keluarga, namun Islam tidak menidakkan hak isteri untuk berbincang dan memberi idea atau pendapatnya. Islam meletakkan hak pada suami untuk memukul isteri, namun ia adalah jalan terakhir dan dilakukan dengan penuh hikmah. Bahkan Rasulullah sendiri menganjurkan supaya berbuat baik dengan isteri.

Sesungguhnya, wanita itu satu amanah dari Allah, maka lindungilah ia kerana ia jua sebahagian dari lelaki.

"Wahai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak" (Surah Al- A'raf:189)

Wahai wanita, binalah perisai pelindung dirimu!

Hakikatnya, kita mengakui bahawa wanita dan lelaki itu saling melengkapi. Jika lelaki itu memang menjadi pelindung, namun apakah kita sebagai wanita sendiri hanya bergantung pada pelindung itu tanpa mahu berusaha membina perisai pelindung diri sendiri?

Hakikatnya, perlu ada gabungan lelaki yang menjadi pelindung dan jua wanita yang utuh menghijab diri untuk melindungi dirinya.'It takes two to tango'. Salah menyalahkan tidak akan menyelesaikan isu gejala sosial pada hari ini, malah akan menyebabkan kita hilang fokus untuk menyelesaikan masalah itu.

Lalu, bagaimana untuk wanita membina perisai pelindung?

Pertama sekali, berani untuk katakan "TIDAK" pada mana-mana lelaki yang mempergunakan, memperalatkan wanita untuk mencapai apa yang mereka ingini. Bentengkan diri kita dengan hijab kerana wanita itu umpama permata yang menjadi rebutan setiap kaum adam. Biar kita tak 'glamour' dek nama yang sentiasa meniti di bibir lelaki kerana keseksian kita, tapi akhirnya menjadi mangsa mereka. Biar kita dikatakan kolot sebab tidak bergaul dengan lelaki, tapi yang penting kita pertahankan maruah kita.

Kedua, jangan biarkan diri ditindas lelaki yang durjana! Lembut biar bertempat, malu biar kena gayanya. Bersuara bila perlu, bangkit bila hak kita dan maruah kita dicabul. Islam tidak pernah menafikan hak dan kepentingan wanita, malah membela wanita dan menyanjung tinggi wanita.

Ketiga, tuntutlah ilmu sebanyak mungkin. Dengan ilmu nasib terbela. Dengan ilmu, kita tahu mana hak-hak kita bila kita tertindas. Jangan tewas pada orang yang sewenang-wenangnya menggunakan nama agama untuk menafikan hak wanita, sedangkan Islam itu sendiri memberikan hak yang seadil-adilnya kepada wanita sebagai isteri, ibu dan anak.

Wahai kaum Adam

Sedarlah dirimu itu pemimpin. Maka persiapkanlah dirimu itu selayaknya untuk memegang amanah Allah itu.

Wahai kaum Hawa

Ketahuilah, dirimu disanjung dan dimuliakan oleh Allah. Letakkanlah dirimu selayaknya supaya maruah dan kemuliaanmu tidak tercemar. Dirimu begitu berharga, jika Adam itu sudah tidak mampu menjadi pelindungmu, maka binalah perisai pelindung dirimu.


Fatimah berubah selepas berkahwin

KODIANG - Seorang isteri muda yang ditemui mati dibunuh dipercayai akibat cemburu di Kampung Alor Gelegah, Mukim Derga, kelmarin dikatakan mula menunjukkan perubahan selepas berkahwin enam bulan lalu.
Paling ketara, Nur Fatimah Anis Md Radzi, 17, jarang pulang ke rumah ibu bapanya di Kampung Palas, dekat sini.

Bapa mangsa, Md Radzi Dahari, 47, berkata, anaknya mengenali menantunya itu dua minggu sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga.

Menurutnya, selepas berkahwin, anaknya itu pulang ke rumah menyambut Aidilfitri bersama mereka dan kali terakhir anaknya pulang penghujung November lalu untuk mengambil adiknya tinggal bersama berikutan suaminya bertugas di Perak.

“Kebiasaannya, setiap sambutan ulang tahun kelahirankami, dia (Fatimah) sering membawa pulang hadiah dan kek untuk kami berdua tetapi tidak berbuat demikian selepas berkahwin.

“Cuma pada malam kejadian dia menghubungi saya bertanyakan mengenai adik-beradiknya yang lain sekiranya mereka ada membelikan hadiah untuk kami atau tidak.

“Bagaimanapun kami mendapat panggilan daripada kakak iparnya yang mengatakan dia sudah meninggal pada keesokannya,” katanya.

Ibu mangsa, Mariam Murad, 46, berkata, pada mulanya dia memang tidak percaya berita mengenai kematian anaknya.

"Mereka (kakak ipar mangsa) memberitahu anak makcik tiada, saya sangka dia melarikan diri dari rumah. Rupanya dia sudah tiada bersama kami lagi.

“Hancur luluh hati mak cik selepas mendapat tahu berita kematian Fatimah dan kami tidak menyangka dia akan pergi terlebih dahulu menghadap Ilahi," katanya.

Menurutnya, anaknya itu tidak pernah menceritakan apa-apa mengenai hal rumah tangganya.

Katanya, buat masa ini dia menyerahkan segala keputusankepada pihak berkuasa dan mahkamah.

"Sekiranya benar kejadian itu dilakukan secara sengaja dan mahkamah mengesahkannya, saya tidak akan memaafkan pembunuh tersebut kerana menyebabkan kematian anak kami.

"Kami serahkan anak kami dengan cukup sempurna, tapi sekujur tubuh tidak bernyawa yang dipulangkan kepada kami. Patutkah?” katanya dengan nada yang sedih.


Sumber Berita; Sinar Harian


Petikan Harian Metro:

ALOR SETAR: “Aku bukan nak bunuh hang (kau), aku nak ajar hang.” Itu antara kata-kata yang didengar jiran beberapa jam sebelum seorang isteri muda, Nor Fatimah Anis Md Radzi, 17, ditemui mati di rumahnya di Kampung Alor Gelagah, dekat sini, semalam.

Mangsa yang baru enam bulan berkahwin dipercayai mati akibat hentakan objek tumpul di kepala dan polis menahan suaminya berusia 20-an yang disyaki terbabit kejadian itu. Turut ditahan bagi membantu siasatan, dua lagi lelaki, juga berusia 20-an.

Jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, dia menyedari pertengkaran antara mangsa dan suaminya jam 2 pagi selepas terdengar wanita itu menjerit kesakitan dipercayai akibat dipukul.

“Ini bukan kali pertama mereka bergaduh kerana kebelakangan ini saya kerap terdengar mereka bertengkar. Namun selalunya, pertengkaran mereka tidak lama...hanya beberapa minit.

“Tetapi, kali ini (pertengkaran awal pagi semalam) berlainan kerana saya percaya wanita itu dipukul suaminya. Saya dapat mendengar dengan jelas wanita itu merayu suaminya supaya jangan memukulnya.



Lagu Ya Hanana Habib Syech Assegaf

$
0
0
Lagu Ya Hanana Habib Syech Assegaf


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam; Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, Rahmat ke seluruh alam; Juga kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;

Telah datang kepada kita bulan yang telah dimuliakan oleh Allah dengan kelahiran kekasihNya - Junjungan dan Penghulu kita, Nabi Muhammad SAW - ke alam dunia ini. 



Apa khabar teman-teman? Alhamdulillah BAndar Kuantan hari ini matahari bersinar terang, malam tadi bulan purnama indah melatari langit malam Kuantan.

Ya Rasululluah Kami Cinta Pada Mu, klik di sini.

Majlis "Kuantan Berselawat" yang bertemakan "Cinta Rasulullah (S.A.W.), Menyatukan Ummah", telah diadakan pada: 


Tarikh: 29 Disember 2012 (Sabtu)
Masa: Bermula 5.00pm
Lokasi: Masjid Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS), Kuantan
GPS: 3.773042,103.258941

Tetamu Jemputan: 
  1. Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid 
  2. Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof 

Lagu Ya Hanana Habib Syech Assegaf

 
Qasidah Ya Hanana sedang popular di Malaysia. Bahkan dalam 20 Lagu Popular 2012, Ya Hanana mencapai ranking ke 11. Qasidah ini dipopularkan oleh Habib Syech bin Abdul Qodir Assegaf



Lagu Ya Hanana Habib Syech Assegaf

Di bawah ini teks shalawatan ya hana na habib syech






ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد

dzoharoddiinul muayyad


يَا هَنَانَاya hana naBetapa Beruntungnya Kami 



ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد   بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَدdzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad  Telah muncul agama yang didukung,  dengan munculnya sang Nabi Ahmad
يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد  ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ اللهya hana na bimuhammad   dzalikal fadhlu minallahBetapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw), itulah anugerah daripada Allah SWT
يَا هَنَانَاya hana naBetapa Beruntungnya Kami 
خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى   وَحَوى لُطفَ المَعَأنِىkhusho bissab’il matsani   wa hawa luthfal ma’aniDiistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah), penghimpun rahsia bagi setiap makna
مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى   وَعَلَيهِ اَنزَلَ اللهma lahu fil kholqi tsani   wa a’laihi anzalallahTidak ada yang senilai dengannya, dan Allah mewahyukan kepadanya (Muhammad SAW)
يَا هَنَانَاya hana naBetapa Beruntungnya Kami 
مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر    لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَرmin makkatillamma dzohar    liajlihin syaqqal qomarKetika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW), 

وَافتخَرَت الُ مُضَر   بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَامwaf takhorot aalu mudhor     bihi ala kullil anamlalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan oleh seluruh manusia
يَاهَانَانَأya hana naBetapa beruntungnya kami
اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا   وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُاathyabunnasi kholqon   wa ajallunnasi khuluqonBeliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya
ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا   سَائِرٌ وَالحَمدُ لِلهdzikruhu ghorbaw wa syarqon    saa iruw walhamdu lillahSemua berzikir ke atasnya samada di barat atau di timur, segala puji hanya bagi Allah SWT
يَاهَنَانَاya hana naBetapa beruntungnya kami
صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام   المُصطَفَى بَدرِالتَّمَامshollu a’la khoiril anami   al musthofa badrittamami

Berselawatlah ke atas sebaik-baik manusia (Muhammad SAW) yang terpilih, sang bulan purnama
صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا   يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَامshollu a’laihi wasallimu  yasyfa’ lana yaumazzihamiSampaikanlah salam kepadanya, moga diberi syafaat di hari kebangkitan
يَا هَنَانَاya hana naBetapa beruntungnya kami

Sedikit info berkaitan Habib Syech:


Perjalanan hidup Habib kelahiran Solo, 20 September 1961, ini cukup berliku. Beliau pernah jaya sebagai pedagang tapi kemudian bangkrut. Di saat sulit itu, Habib Syekh melakukan dakwah menggunakan kereta angin ke pelosok-pelosok untuk melaksanakan tugas dari sang guru, almarhum Habib Anis bin Alwi Alhabsyi, imam masjid Riyadh Gurawan Solo.

Pada saat itu Habib Syekh bin Abdul qadir Asseggaf juga sering diejek sebagai orang yang tidak punya pekerjaan dan habib jadi-jadian. Namun Habib Syekh tidak pernah marah atau mendendam kepada orang yang mengejeknya. Justru sebaliknya, beliau tetap tersenyum dan memberi sesuatu kepada orang tersebut.

Terkadang Habib Syekh bin Abdul qadir Asseggaf rutin memberikan ta’lim di Kebagusan, sedangkan dakwah rutinnya di kota Solo dan kota kota di jawa tengah.

Jika pembaca ada informasi lanjut, dan sudi berbagi/ berkongsi informasi, silakan ya.


Sumber: Majalah Kisah Islam AlKisah No.18/25 Agustus-7 September 2008

Kedudukan 20 Lagu Paling Popular 2012 (28/12/12) :

$
0
0
Kedudukan 20 Lagu Paling Popular 2012 (28/12/12) :



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 
Selamat berhujung minggu kepada para pembaca...

Kedudukan 20 Paling Popular 2012 (28/12/12) :


1. Najwa Latiff - AdaMu (**,)
2. Imam Muda 2 - Pejuang Agama (**,)
3. Al-Mawlid - Cahaya Seluruh Alam (**,)
4. UNIC - Seiring Sehaluan (**,)
5. Edcoustic - Sebiru Hari Ini (**,)
 
 
 
 

6. Opick - Dealova (**,)
7. Farid Sanullah - Don't Forget Allah (**,)
8. Muhibbain - Kunci Syurga (**,)
9. Firdaus - Saat Terindah (**,)
10. Doa - Nora (**,)
11. Habib Shech - Ya Hanana
12. Hafiz Hamidun - Kasih Padamu (**,)
13. Edcoustic - Muhasabah Cinta (**,)
14. Rabbani, Nowseeheart, Saujana & Inteam - Bebas Palestin (**,)
15. Imam Muda 1 - Ujian Hidup (**,)
16. Mawi feat. Akhil Hayy - HambaMu (-13)
17. Yoga al-Ghazali feat. Ajen - Hasbunallah (**,)
18. Nowseeheart - Kurnia (**,)
19. Saujana - Pahlawan Gaza (**,)
20. Abdurrahman Muhammad - Lau Kaana Bainana (-19) 



RankingAlexa :944 189
Ranking Malaysia : 5 556 



Sekian,
Terima Kasih, kepada bloggers Che An Dusuki, di sini.
 
 


KAIN KAFAN UTUH Bukti Gus Dur Memiliki Karomah?

$
0
0
KAIN KAFAN UTUH Bukti Gus Dur Memiliki Karomah?



Tidak rusaknya kain kafan Mantan Presiden keempat KH Abdurrahman Wahid atau Gus Dur meski sudah dimakamkan selama satu tahun masih menimbulkan tanda tanya. Banyak pihak yang tidak percaya, namun tidak sedikit pula yang yakin bila kejadian tersebut nyata adanya karena karomah yang dimiliki mendiang mantan Ketua Pengurus Pusat Nahdatul Ulama (PBNU) itu. Lalu apa yang dimaksud karomah?








Karomah adalah kejadian di luar kebiasaan tabiat manusia pada umumnya. Karomah diberikan Allah SWT kepada seorang hambanya yang semasa hidupnya menjadi kekasih-Nya. Biasanya para ulama yang memiliki karomah bisa dilihat saat masih hidupnya. Misalnya, seringkali ucapannya biasanya terjadi dalam kenyataan. Karomah ini biasanya dimiliki oleh setiap hamba yang shalih atau shalihah. Seseorang yang memiliki karomah biasanya tidak mengklaim dirinya memiliki karomah atau kelebihan lainnya.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam Syarh Al Aqidah Al Wasithiyah, halaman 207, mengatakan prinsip Ahlus Sunnah wal Jama’ah ialah meyakini adanya karomah para wali. Selain itu, berbagai keluarbiasaan yang Allah SWT izinkan terjadi melalui tangan-tangan hambanya baik yang berkaitan dengan ilmu atau lainnya bisanya juga menjadi bagian dari karomah.

Ibnu Taimiyah menambahkan, Karomah biasanya diberikan Allah kepada hamba-hamba-Nya yang benar-benar beriman serta bertaqwa, atau yang sering disebut Wali Allah SWT. Dalam firman Allah SWT di Surah Yunus ayat 62-63, disebutkan, salah satu sifat-sifat Wali Allah adalah, mereka tidak pernah takut dan khawatir dengan keadaan apapun, karena semua hatinya bergantung sepenuhnya kepada Allah.

“Ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada kekhawatiran pada mereka dan tidak pula mereka bersedih hati, yaitu orang-orang yang beriman dan mereka senantiasa bertaqwa.” demikian bunyi salah satu ayat Al-Qur’an.

Namun demikian, lanjut Ibnu Taimiyah, setiap sesuatu yang berada di luar kebiasaan manusia tidak selalu disebut karomah. Menurut Asy Syaikh Abdul Aziz bin Nashir Ar Rasyid rahimahullah dalam kitab At Tanbihaatus Saniyyah halaman 312-313 disebutkan, ada tiga macam atau tingkatan keistimewaan yang diberikan Allah SWT kepada para hamba-hamba-Nya yang shaleh. 3 hal itu, Mukjizat yang diberikan kepada Rasul dan Nabi-Nya, kemudian Karomah yang diberikan kepada Wali Allah dan terakhir adalah sihir yang berupa tipuan setan yang dimiliki wali-wali setan.

Tingkat keimanan dan ketakwaan pada masing-masing manusia lah yang akhirnya menjadi tolak ukur apakan ia pemilik ilmu karomah atau sihir dan tipu daya setan. Dalam kitab A’lamus Sunnah Al Manshurah halaman 193, Al Imam Asy Syafi’i rahimahullah berkata, “Apabila kalian melihat seseorang berjalan di atas air atau terbang di udara, maka janganlah mempercayainya dan tertipu dengannya sampai kalian mengetahui bagaimana dia dalam mengikuti (tuntunan) Rasulullah SAW”.

Sebelumnya diberitakan, hujan deras yang mengguyur kota santri Jombang membuat makam KH Abdurrahman Wahid (Gus Dur) di Ponpes Tebuireng, Jombang, ambles. Lebih mengherankan, jasad mantan presiden keempat itu masih utuh, kain kafan yang membungkus jasad Gus Dur pun masih utuh dan putih.

Zainul, salah satu petugas keamanan pondok mengatakan, amblesnya makam Gus Dur terjadi tiga hari lalu. Saat itu pengunjung makam Gus Dur sedang tinggi-tingginya. Sudah begitu, hujan deras terus mengguyur kawasan Tebuireng. Akibatnya, makam mantan Ketua PBNU tersebut ambles.





Praktis, kejadian itu membuat penghuni Tebuireng kalang kabut. Mereka beramai-ramai melihat kejadian aneh tersebut. Sebuah lubang akibat gerusan air menganga lebar sehingga menampakkan kain kafan pembungkus tubuh tokoh yang dikenal dengan berbagai anekdotnya ini. “Subhanallah, kain kafan Gus Dur masih utuh. Putih bersih seperti baru,” kata Zainul, Jumat (18/2/2011). Wallahualam bi shawab.


Sumber; Sumber internet Indonesia



ADAB BERHADAPAN DENGAN SUAMI

$
0
0
ADAB BERHADAPAN DENGAN SUAMI






Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab.


 Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Artikel ini juga adalah renungan iktibar untuk diri ini yang sentiasa alpa.

Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya. 



2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami.


 Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. 




Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki. 


3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya. 



4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari isnin, Khamis dan Jumaat. 



5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya. 




6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya. 



7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga. 



8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi. 




9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar ke atas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.
 


10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri. 


11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt. 



12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. 


Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya."


Sumber : MDYHumaira Kenek





Saat yang dinantikan oleh seorang wanita

$
0
0
Saat yang dinantikan oleh seorang wanita





Saat yang dinantikan oleh seorang wanita apabila suami menjadi imam di dalam solatnya




Memperkasa kepemimpinan lelaki sebagai ketua keluarga

$
0
0
Memperkasa kepemimpinan lelaki sebagai ketua keluarga 



‘Kedayusan’ pengurusan keluarga, kecetekan ilmu agama punca pelbagai gejala dalam masyarakat

LELAKI mengalami kepupusan kerana ramai dimasukkan ke pusat serenti sedangkan perempuan pula ramai ke universiti. Kenyataan itu adalah sindiran tajam, sinis dan pedih telinga kepada golongan Adam untuk mendengarnya.



Hakikat itu hendaklah dijadikan agenda utama bagi memperkasakan kepemimpinan lelaki sebagai ketua keluarga, masyarakat dan negara. Memperkasakan golongan lelaki perlu disemarakkan bagi memacu perubahan dan kemajuan sesebuah tamadun serta bangsa dan negara.




Penggemblengan tenaga dan idea semua pihak amat diperlukan dalam memperkasakan lelaki dengan segala kekuatan. Allah menuntut umat Islam memperkasakan kepemimpinan lelaki mengimarahkan bumi ini selaras tuntutan syariat Islam.



Firman Allah yang bermaksud:




 


“Kaum lelaki adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah melebihkan lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas perempuan dan kerana lelaki sudah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan salih itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya) dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa juga yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolongan-Nya. Dan perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (jika mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.” – (Surah An-Nisa’, ayat 34)






Ayat itu menunjukkan kelebihan dan tanggungjawab lelaki antaranya, kelebihan lelaki dengan beberapa ketinggian dan kemuliaan seperti suami bertanggungjawab mendidik isteri dan anak-anak memahami ilmu keagamaan dan adab tatasusila serta cara hidup Islam.






Di samping itu, antara tugas hakiki golongan Adam ialah memberi nafkah kepada isteri, anak-anak dan seluruh ahli keluarga yang di bawah tanggungannya. Oleh itu, tepatlah pemilihan lelaki sebagai pemimpin.



Sejarah penciptaan Adam sebagai manusia pertama yang sanggup menerima amanah dan tanggungjawab sebagai khalifah dan hamba Allah adalah ketentuan sudah ditetapkan. Allah sebagai Khaliq membentangkan amanah kepada manusia pertama diciptakan seterusnya generasi lelaki yang dilahirkan selepas itu.




Firman Allah yang bermaksud:



“Sesungguhnya Kami sudah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” – (Surah al-Ahzab, ayat 72)





Imam al-Qurtuby dalam tafsirnya menyatakan, Islam mengajarkan umatnya khususnya lelaki menjadi manusia bertanggungjawab dengan amanah yang dibebankan ke atas dirinya. Amanah itu meliputi seluruh hidup dan orang berada di sekelilingnya.






Semua manusia mempunyai tanggungjawab masing-masing sama ada kecil atau besar. Semua tanggungjawab itu akan ditanya di akhirat kelak dan disebabkan itu hendaklah dilaksanakan dengan penuh amanah serta ikhlas.






Daripada Ibn Umar, katanya: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepemimpinannya. Ketua adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepemimpinannya. Kaum lelaki pemimpin kepada keluarganya dan akan ditanya mengenai kepemimpinannya. Perempuan adalah pemimpin dalam rumah tangga suaminya dan akan ditanya kepemimpinannya. (Orang suruhan) adalah pemimpin (penjaga) hartanya dan dia juga akan ditanya mengenai penjagaannya. Setiap kamu adalah pemimpin yang akan ditanya kepemimpinannya.” 


– (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)





Kegagalan dalam kepemimpinan akan mewujudkan kepincangan pengurusan keluarga, akhirnya melahirkan permasalahan sosial yang teruk dan memberi impak kepada masyarakat serta negara. Ia juga dilihat berpunca daripada kecetekan ilmu dan kefahaman peranan serta matlamat diciptakannya.








Kepincangan dilihat bilamana ayah tidak berani menegur anaknya yang tidak bersembahyang, tidak berani menegur isteri yang tidak menutup aurat kerana takut dan bimbang di sebalik ‘kedayusan’ tertanam dalam dirinya.






Perbaikilah diri dan fahamilah matlamat hidup di dunia sementara ini demi perjalanan yang tidak pasti nasib sama ada beroleh keuntungan atau kerugian di akhirat sana. Manusia akan terlalai dengan dunia, rugi nasibnya di dunia, pasti di akhirat akan lebih merana.



Jadilah manusia beruntung di dunia yang pasti beroleh keuntungan di akhirat. 


Hayatilah firman Allah yang bermaksud:


“Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah At-Taubah, ayat 71)




Sumber; harian metro

APA ITU SLIP DISC TULANG BELAKANG?

$
0
0
APA ITU SLIP DISC TULANG BELAKANG?

Gambar Tulang Belakang yang sihat

 
Banyak istilah digunakan, antara yang popular ialah slip disc. Ada juga yang memanggil dengan nama prolapsed disc, atau herniated disc kerana bagi sesetengah pakar, isitilah 'slip' itu tidak sesuai. Seperti dalam gambar, kita boleh lihat mana tulang dan mana disc. 
 
 
Fungsi disc ini macamlah seperti pelapik atau bushings yang membenarkan kita melentok-lentok. Disc ini tidak terkeluar, sebaliknya akan penyek seperti plastisin dan menekan saraf tunjang. Apabila ini terjadi, pesakit mula-mula hanya rasa sakit belakang seperti sengal-sengal sahaja.

Walaubagaimanapun, lama-kelamaan geseran & tekanan disc terhadap saraf akan menyebabkan radang saraf yang menyebabkan sakit belakang dan kekurangan upaya. 
 
Setiap saraf tunjang itu akan ke bahagian-bahagian tertentu badan kita, sebagai contoh disc yang terletak pada kedudukan Lumbar 4 atau 5 (L4/L5) berhubung ke kawasan pinggang ke bawah.
 
 
 
 
 

Dan inilah bahagian yang paling banyak berlaku slip disc dan masalah saraf kerana tekanan badan tertumpu di bahagian tersebut, dan apabila ini berlaku ada yang akan menghadapi kekebasan, kesukaran menggerakkan ka
ki, jalan perlahan, dan jika parah sehingga tidak boleh berjalan. Saya kira cukup sekadar itu untuk teorinya.

TANDA2 SLIP DISC (TULANG BELAKANG)
Anda akan merasa sakit seperti mencucuk di belakang atau leher hingga ke tangan dan kaki.Sakit belakang(slip disc) merupakan satu masalah kesihatan yang mempengaruhi semua pergerakan seharian anda. Di sini ada beberapa tanda pengidap masalah sakit belakang.
  • Kesakitan apabila berlaku ketegangan otot.
  • Tangan dan kaki selalu kebas dan rasa menyucuk.
  • Berasa lebih selesa apabila beralih ke posisi yang lain semasa duduk. (kerap beralih posisi)
  • Merasa sakit pada satu bahagian atau posisi tubuh sahaja.
  • Anda akan merasakan kesakitan yang “extreme” dari kesakitan belakang atau leher.
  • Kurang bermaya.
  • Kadang-kadang, anda mungkin berasa gatal-gatal(kesemutan) di sekitar alat kelamin.
  • Berasa sakit apabila bersin, batuk, berjalan dan lain-lain
Berbagai masalah lain akibat slip disc dari beberapa orang yg saya temui yang telah disahkan oleh doktor setelah membuat RMI:- sebelah mata semakin sepet & berkelip tak sekata- sesak nafas bila buat aktiviti yg ringan dalam rumah seperti menyapu, muka sentiasa pucat & dia langsung tak keluar berjalan2 atau bersiar2 kerana cepat sesak nafas semenjak kena slip disc.
- Collapse & koma bila slip disc yg teruk berlaku di bahagian atas tulang belakang(dekat leher) biasanya akibat jatuh & kemalangan.Berbagai kaedah rawatan boleh digunakan dalam merawat sakit belakang:
  • Kaedah Perubatan Allopathy - kebiasaannya dengan ubat2an tahan sakit, fisioterapi, pembedahan dll.
  • Kaedah Kiropraktik - Menurut Dr. Andre M,Abader dari Pusat Kiropraktis, Subang Jaya "Pakar kiropraktik akan memperbetulkan bahagian spina yang ‘ terkeluar’ atau dislokasi dari struktur tulang supaya kembali ke kedudukan asalnya. Selalunya pakar kiropraktik akan melakukan prosedur biasa menggunakan pergerkan tangan yang dipanggil penyesuaian spina, pakar akan memberi sedikit tekanan, memulas atau menarik kepada sendi spina tersebut"
  • Acupuncture - kaedah dgn meletakkan jarum pada point2 tertentu bagi membetulkan tenaga yg dikenali sebagai QI(CHI) yg terdiri dr Yin(negatif) & Yang(positif) yang tidak seimbang setelah dikenal pasti dgn merasai 12 nadi dikedua2 belah pergelangan tangan oleh acupuncturist. Kaedah ini tak dapat untuk diterangkan secara sintifik.
  • Kaedah Urutan Refleksologi - kaedah pengurutan tapak kaki untuk merangsang dan mengesan penyakit berpunca daripada urat saraf, ia telah wujud lebih dari 5000 tahun dahulu dalam budaya Mesir, China dan India.mengurut tapak kaki & tapak tangan.
  • Homeopathy
  • lain-lain.
Saya petik dari satu blog akan kata2 yg lebih kurang begini:
"Ramai orang mempunyai masalah, setiap orang merasakan masalah sendiri lebih besar dari orang lain. Ramai orang juga akan merasakan orang lain tidak memahami masalah yang dia hadapi"

~ APA2 PUN MASALAH AKAN DAPAT DIATASI DENGAN IZIN ALLAH JUA. YANG PENTING KITA PERLU POSITIF, SABAR & REDHA SEGALA KETENTUANNYA. BERIKHTIAR DENGAN SUNGGUH2 TANPA BERPUTUS ASA KEPADA DIA YANG MAHA ESA, MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG~

~SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI TUA DAN MATI~

~MOHON PETUNJUKNYA DENGAN ISTIKHARAH KEMUDIAN JALANKAN IKHTIAR MELALUI PETUNJUK YG TELAH DIBERIKANNYA TANPA PUTUS ASA DIIRINGI SOLAT, BACAAN QURAN, SELAWAT & DOA SERTA ZIKIR. SENTIASA BERSYUKUR & REDHA ATAS SEGALA KEPUTUSANNYA~

~DARI DIA KITA DATANG & KEPADANYA KITA AKAN KEMBALI~

~ORANG YANG GIGIH SHJ YG AKAN MENDAPAT HASILNYA. TAK KIRA HASIL ITU WALAUPUN SEKELUMIT JUA SEMESTINYA DISYUKURI & DIHARGAI~




DISCLAIMER:

Penulis blog bukan doktor mahupun pakar perubatan. Walau bagaimanapun, perkongsian rakan-rakan yang menghadapi masalah kesihatan di dalam blog ini, sangat dihargai dan dialu-alukan. 

Artikel kesihatan ini bertujuan untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan kesihatan. Artikel yang disiarkan dipetik daripada sumber yang dinyatakan di bawah entry ini. Artikel ini adalah sebagai perbincangan sahaja.

Kepada Sesiapa yang merasakan dirinya mempunyai simptom-simptom masalah kesihatan tertentu dan mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan, sila berjumpa dengan doktor untuk nasihat perubatan dan rawatan susulan.Ini agar doktor dan pakar perubatan dapat membuat diagnosis terhadap penyakit anda seterusnya merawat kes anda dengan segera.

Bersama menjaga kesihatan demi ummah sejahtera. InshaAllah. Tetapi jika kita ditimpa sakit,, yakinlah, InshaALLAH ada rahmat ALLAH untuk kita jika kita sabar dan redha. InshaALLAH.

Nota Kaki:

Untuk info lanjut sila hubungi:
Dr Nizar Abdul Jalil
HP no; 6 013 9803389
Office; 6 -09-7673000 Ext. 6095/3866
Email: nizar@kb.usm.myklik http://drnizarabduljalil.blogspot.com/2010/05/kenali-dr-nizar.html

Sakit sendi facet thorasik

$
0
0

Sakit sendi facet thorasik



Sendi facet thorasik ( thoracic outlet syndrome) berada dikiri dan kanan tulang vertebral thorasik. Tulang belakang thorasik terletak pada bahagian tengah menyambungkan vertebral tengkok (cervicel) dan pinggang (lumbar). 

 Setiap segmen mempunyai sepasang sendi facet yang kecil sebesar kacang pis yang berfungsi untuk meyambung dan membenarkan pergerakan putaran diantara segmen vertebral.Vertebral thorasik  ini di lindungi dengan dua belas tulang- rusuk yang dapat berfungsi menyerap dan mengagihkan tekanan pada sendi facet. 






 

 Oleh kerana pergerakan harian kita kurang melibatkan vertebral thorasik,maka secara perbandingannya proses “wear n tear” kurang berlaku disini jika dibandingkan pada bahagian tengkok dan pinggang. Maka tidak hairanlah ramai doktor tidak arif tentang menifestasi penyakit arthritis sendi facet ini.Oleh kerana tulang vertebral thorasik ada belas kesemuanya kesakitan boleh berlaku pada sepanjang tulang tersebut. 

Sakit sendi faset torasik




JIKA anda berasa sakit di antara dua tulang belikat atau tulang kipas, anda kemungkinan menghidap sakit sendi faset torasik. Ia adalah penyakit artritis sendi faset pada bahagian vertebral torasik. Gejala ini memang banyak berlaku di kalangan kita tapi tidak ramai pesakit dapat rawatan yang mujarab.


Kenapa begitu? Ini adalah kerana penyakit sendi faset torasik ini sukar dikenal pasti oleh ramai doktor. Malah gejala atau manifestasi penyakit ini jarang disebut dalam buku perubatan moden. Ubat penahan sakit dan fisioterapi saja tidak dapat mengawal sakit ini untuk selamanya.
Apakah sendi faset torasik?



Sendi faset torasik berada di kiri dan kanan tulang vertebral torasik. Tulang belakang torasik terletak pada bahagian tengah menyambungkan vertebral tengkuk (servikal) dan pinggang (lumbar). Setiap segmen mempunyai sepasang sendi faset yang kecil sebesar kacang pis yang berfungsi untuk menyambung dan membenarkan pergerakan putaran di antara segmen vertebral.




Vertebral torasik ini dilindungi dengan dua belas tulang rusuk yang dapat berfungsi menyerap dan mengagihkan tekanan pada sendi faset. Oleh kerana pergerakan harian kita kurang membabitkan vertebral torasik, maka secara perbandingannya, proses kerosakan akibat pergerakan kurang berlaku di sini jika dibandingkan pada bahagian tengkuk dan pinggang.



 Maka tidak hairanlah ramai doktor tidak arif mengenai manifestasi penyakit artritis sendi faset ini. Oleh kerana tulang vertebral torasik ada 12 kesemuanya, maka kesakitan boleh berlaku di mana-mana sepanjang tulang berkenaan.


Apa gejala sakit sendi faset torasik?
Sakit sendi faset torasik boleh berlaku sepanjang sisi tulang vertebral torasik. Rasa sakit boleh berpunca daripada sendi facet yang mengalami artritis ataupun daripada otot pada kiri kanan tulang belakang yang mengalami keadaan sindrom miofasia. 



Rasa sakit pada otot biasanya sangat ketara dan pesakit boleh menentukan lokasinya secara terperinci. Gejala yang paling kerap ialah rasa sakit di antara dua tulang belikat atau tulang kipas. Keadaan ini memberikan tip penyakit ini membabitkan sendi faset tulang torasik bahagian atas. Dalam keadaan ini, pesakit juga akan rasa keadaan bahu menjadi lemah dan pergerakan tangan pada sendi bahu tidak bermaya.



Kadang kala rasa sakit pada tulang belikat ini seolah-olah menjalar turun ke tangan. Banyak juga di kalangan pesakit saya mengadu sukar bernafas seperti episod lelah.

Ada juga beberapa pesakit mengadu tidak boleh tidur terlentang kerana posisi berkenaan menyebabkan tekanan kuat pada sendi faset dan mengakibatkan kesakitan yang lebih kuat pada tulang belakang. Selain itu, pesakit yang mengalami keadaan abnormaliti pada tulang belakang seperti skoliosis cenderung untuk dapat penyakit sendi faset ini.

Rawatan yang berkesan

Ubat penahan sakit dan fisioterapi saja tidak dapat mengawal sakit ini untuk selamanya. Itu adalah rawatan biasa yang diberi kebanyakan doktor.


Ada juga doktor yang berani suntik ubat bius pada otot yang sakit. Bagaimanapun, ia hanya melegakan untuk sementara waktu. Rawatan paling berkesan ialah rawatan radiofrekuensi, iaitu suntikan yang bertujuan melumpuhkan saraf sensori pada sendi faset berkenaan.


 Teknik ini pada prinsip sama saja dengan rawatan radiofrekuensi sendi faset pada tengkuk dan pinggang, tapi daripada segi teknikalnya berbeza kerana ia lebih rumit dan mencabar. Komplikasi yang paling bahaya boleh berlaku ialah kebocoran paru-paru kerana sendi ini hampir dengan paru-paru. Oleh itu jika anda mahu mendapat rawatan, anda perlu pastikan bahawa doktor yang merawat itu benar-benar terlatih.



Pengalaman saya dalam merawat pesakit ini di HUSM, hampir 90 peratus daripada pesakit dapat dikawal kesakitan mereka ke tahap minimum. Tiada komplikasi yang serius berlaku.


Sumber: Oleh DR NIZAR ABD JALIL (Pakar Kesakitan Kronik Hospital Universiti Sains Malaysia)
Artikel ini disiarkan pada : 2010/10/24 Harian Metro



DISCLAIMER:

Penulis blog bukan doktor mahupun pakar perubatan. Walau bagaimanapun, perkongsian rakan-rakan yang menghadapi masalah kesihatan di dalam blog ini, sangat dihargai dan dialu-alukan. 

Artikel kesihatan ini bertujuan untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan kesihatan. Artikel yang disiarkan dipetik daripada sumber yang dinyatakan di bawah entry ini. Artikel ini adalah sebagai perbincangan sahaja.

Kepada Sesiapa yang merasakan dirinya mempunyai simptom-simptom masalah kesihatan tertentu dan mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan, sila berjumpa dengan doktor untuk nasihat perubatan dan rawatan susulan.Ini agar doktor dan pakar perubatan dapat membuat diagnosis terhadap penyakit anda seterusnya merawat kes anda dengan segera.

Bersama menjaga kesihatan demi ummah sejahtera. InshaAllah. Tetapi jika kita ditimpa sakit,, yakinlah, InshaALLAH ada rahmat ALLAH untuk kita jika kita sabar dan redha. InshaALLAH.

Nota Kaki:

Untuk info lanjut sila hubungi:
Dr Nizar Abdul Jalil
HP no; 6 013 9803389
Office; 6 -09-7673000 Ext. 6095/3866
Email: nizar@kb.usm.myklik http://drnizarabduljalil.blogspot.com/2010/05/kenali-dr-nizar.html

Sakit tulang belakang cakera tergelincir

$
0
0

Sakit tulang belakang cakera tergelincir

Rawatan cakera tergelincir- Suntikan epidural steroid dan epidurolisis 

 

 

SAKIT tulang belakang yang kronik sama ada di pinggang atau di tengkuk adalah kesakitan yang sering dialami ramai orang. Tidak kira orang muda atau tua; semuanya terdedah kepada penyakit ini.

Penyebab sakit tulang belakang ada pelbagai, kebanyakannya disebabkan proses penuaan membabitkan cakera yang lemah, artritis sendi faset, lubang tulang belakang yang tersumbat (stenosis spina) dan juga osteoporosis.

Oleh kerana tulang belakang membabitkan saraf tunjang maka ramai orang menjadi bimbang jika sakit belakang mereka akan menjadi serius dan bakal menyebabkan kelumpuhan dan kecacatan.

Ramai runsing jika kesakitan akan menjadi kronik seumur hidup dan menjejaskan fungsi harian sama ada bersama keluarga, aktiviti sosial dan juga tugasan di tempat kerja. Atas alasan itu jugalah ramai pesakit rasa takut untuk menjalani pembedahan tulang belakang.

Hari ini, saya akan membincangkan rawatan untuk penyakit cakera tergelincir dan stenosis spina, iaitu dua jenis kesakitan tulang belakang yang paling popular di mana kaedah rawatan suntikan epidural selalu dilakukan sebagai pilihan kepada pembedahan.

Saya akan menyentuh fakta rawatan suntikan epidural steroid, epidurolisis dan juga masalah salah faham dikalangan pesakit.

Suntikan epidural steroid dan epidurolisis

Rawatan ini diberikan kepada pesakit yang mengalami cakera tergelincir ataupun stenosis spina.

Suntikan epidural steroid bertujuan mengurangkan bengkak dan keradangan yang berlaku pada akar saraf yang tersepit.

Manakala epidurolisis bertujuan untuk membaik pulih ruang epidural dengan cara melarutkan parut yang terbentuk dalam ruang epidural. Dengan ini akar saraf yang tersepit akan dapat kelegaan dan tidak lagi sakit.

Dalam kebanyakan kes jika rasa sakit menjadi masalah utama, maka keberkesanan teknik suntikan epidural dan epidurolisis ini amat tinggi. Tapi jika kelumpuhan menjadi masalah utama, keberkesanannya agak kurang. Kebanyakan pesakit dinasihatkan supaya terus menjalani pembedahan jika tanda kelumpuhan sudah mula berlaku kerana kerosakan saraf yang tersepit akan dimenifestasikan dengan kesakitan dan kebas terlebih dulu sebelum beransur kepada gejala kelumpuhan dan masalah buang air kecil dan besar (sindrom kauda ekuina).

Jika berlaku kelumpuhan mendadak atau berlaku gejala kauda ekuina, ia memberi amaran bahawa kerosakan saraf berada pada peringkat serius dan pembedahan perlu dilakukan segera. Kerosakan saraf jika berlaku akan bersifat kekal dan tidak akan sembuh semula. Jadi pesakit tidak akan sembuh dari kelumpuhan yang dialaminya.

Selain itu faktor masa juga memainkan peranan penting. Lebih lama penyakit cakera tergelincir atau stenosis spina yang dialami, maka makin sukar untuk sembuh dengan rawatan suntikan epidural atau epiduroplasti ini. Statistik menunjukkan suntikan epidural yang dilakukan pada bulan pertama mengalami kesakitan menjanjikan penyembuhan hingga 90 peratus.

Apabila merawat pesakit secara suntikan epidural, biasanya saya boleh memberi anggaran kasar peratus keberkesanan yang bakal dicapai. Dari pemeriksaan doktor boleh mengagak kadar keterukan penyakit cakera tergelincir dan stenosis spina berkenaan.

Hakikatnya keterukan kesakitan yang dialami dan keberkesanan rawatan suntikan selalunya tidak selari dengan laporan MRI. Ramai pesakit saya sembuh walaupun laporan MRI mereka nampaknya amat menakutkan. Jadi jika doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan berdasarkan MRI saja, itu satu kesilapan yang besar.

Kebimbangan untuk rawatan pembedahan

Walaupun kaedah suntikan epidural dan epidurolisis mampu merawat kebanyakan pesakit dari dua punca di atas, tapi masih ada 10 hingga 20 peratus pesakit yang gagal. Mereka yang gagal dirawat secara suntikan akan dicadangkan rawatan cara pembedahan. Ramai orang takut untuk menghadapi pembedahan tulang belakang kerana takut akan komplikasi yang lebih teruk (kelumpuhan).

Perlu diingatkan di sini bahawa kejayaan suntikan epidural untuk cakera tergelincir atau stenosis spina lebih ketara jika dilakukan pada peringkat awal dan pertengahan. Dengan kata lain suntikan ini mungkin kurang berkesan jika mereka di peringkat yang teruk. Sebab itu pesakit memberi tindak balas pada suntikan yang berbeza walaupun mengalami masalah tulang belakang yang sama. Malah mengikut amalan klinikal yang standard, kegagalan rawatan suntikan adalah indikasi pembedahan tulang belakang yang mesti dilakukan. Kegagalan melakukan pembedahan akan menyebabkan kelumpuhan yang serius dan kekal.

Pesakit yang terlalu bimbang kdang kala tidak mahu mendengar lagi saranan doktor untuk dilakukan pembedahan. Ramai pesakit saya menolak rawatan pembedahan walaupun saya menegaskan rawatan suntikan akan memberi peluang sembuh yang tipis. Ini berlaku apabila mereka melihat beberapa contoh pesakit lain yang tidak sembuh atau semakin teruk selepas menjalani pembedahan tulang belakang.

Mereka merujuk kepada pesakit yang terdiri dari saudara mara, jiran ataupun kawan-kawan mereka yang terdahulu melakukan pembedahan tulang belakang. Komplikasi yang dilihat seperti kelumpuhan, kesakitan yang berganda, ketidakupayaan selalunya amat ketara dan menjejaskan kehidupan mereka.

Walaupun hakikat kegagalan pembedahan tulang belakang menjangkau 10 hingga 40 peratus tetapi dari sudut positifnya 60 hingga 90 peratus pesakit berpeluang sembuh melalui teknik pembedahan.

Untuk pesakit yang menghidapi masalah cakera tergelincir dan stenosis spina dan berminat menjalani rawatan suntikan epidural atau epidurolisis, saya ingin mencadangkan beberapa saranan yang berguna untuk anda;

1. Anda dinasihatkan melakukan rawatan suntikan ini secepat mungkin. Lagi awal rawatan dilakukan, makin tinggi peluang untuk sembuh.

2. Jika anda sudah berusia dan juga mengalami banyak masalah kesihatan lain seperti darah tinggi , kencing manis atau sakit jantung, maka rawatan suntikan mungkin menjadi pilihan anda yang utama kerana komplikasi pembedahan adalah terlalu tinggi dan serius.

3. Tidak salah mencuba kaedah rawatan suntikan epidural atau epidurolisis walaupun di peringkat yang kritikal. Ini terbukti ada pesakit yang berpeluang sembuh setelah menjalani rawatan ini. Dengan syarat anda juga bersedia untuk rawatan pembedahan.

4. Jika anda gagal mendapatkan kelegaan selepas menjalani rawatan suntikan epidural atau epidurolisis anda perlu menjalani rawatan pembedahan. Ini amat penting bagi mereka yang di tahap serius atau kritikal.

5. Suntikan epidural atau epidurolisis dan ubat makan bukan segalanya dalam merawat sakit tulang belakang yang kronik. Ada senaman yang khusus untuk cakera tergelincir dan stenosis spina yang perlu anda lakukan secara berkala sebagai sebahagian strategi rawatan multimodal untuk kesakitan kronik.

6. Rawatan suntikan suntikan epidural atau epidurolisis ini mampu menyembuhkan kebanyakan pesakit walaupun ianya tidak berlaku pada semua pesakit .

Kajian kes

Seorang pesara berumur 60 tahun mengalami sakit tengkuk yang kronik. Sakit seperti mencucuk dan kejang dirasai menjalar turun pada kedua-dua lengan dan jari manis dan kelingkingnya.

Selain dari itu, beliau juga menghidapi sakit darah tinggi dan jantung iskemia. Pembedahan pintasan jantung koronari telah dilakukan dua tahun lalu. Beliau sukar tidur malam disebabkan oleh sakit yang alami tidak dapat di kawal dengan ubat penahan sakit biasa.

Beliau dirawat doktor pakar ortopedik swasta. Berdasarkan MRI dan Imbasan CT, diagnosis stenosis spina tulang tengkuk dibuat. Seterusnya doktor mencadangkan pembedahan pada tulang tengkuknya. Memandangkan risiko pembedahan yang besar beliau memutuskan untuk mencuba suntikan epiduroplasti selepas mendapat maklumat melalui Metro Ahad.

Saya memberikan suntikan epiduroplasti pada lehernya. Syukur pesakit ini sembuh sepenuhnya keesokan harinya tanpa perlu pembedahan. Malah pesakit mampu memandu keretanya pulang dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur dengan selesa.

Sumber:




myMetro
30hb Mei 2010


DISCLAIMER:

Penulis blog bukan doktor mahupun pakar perubatan. Walau bagaimanapun, perkongsian rakan-rakan yang menghadapi masalah kesihatan di dalam blog ini, sangat dihargai dan dialu-alukan. 

Artikel kesihatan ini bertujuan untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan kesihatan. Artikel yang disiarkan dipetik daripada sumber yang dinyatakan di bawah entry ini. Artikel ini adalah sebagai perbincangan sahaja.

Kepada Sesiapa yang merasakan dirinya mempunyai simptom-simptom masalah kesihatan tertentu dan mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan, sila berjumpa dengan doktor untuk nasihat perubatan dan rawatan susulan.Ini agar doktor dan pakar perubatan dapat membuat diagnosis terhadap penyakit anda seterusnya merawat kes anda dengan segera.

Bersama menjaga kesihatan demi ummah sejahtera. InshaAllah. Tetapi jika kita ditimpa sakit,, yakinlah, InshaALLAH ada rahmat ALLAH untuk kita jika kita sabar dan redha. InshaALLAH.

Nota Kaki:

Untuk info lanjut sila hubungi:
Dr Nizar Abdul Jalil
HP no; 6 013 9803389
Office; 6 -09-7673000 Ext. 6095/3866
Email: nizar@kb.usm.myklik http://drnizarabduljalil.blogspot.com/2010/05/kenali-dr-nizar.html


PUNCA SAKIT BELAKANG BADAN

$
0
0

PUNCA SAKIT BELAKANG BADAN


 

BANYAKKAN berehat, supaya sakit pinggang segera berkurangan. Ini antara cara yang dinasihatkan doktor untuk mengatasi masalah sakit pinggang tetapi makin lama baring berehat, makin sakit pula jadinya. Ketika berbaring kesakitan terasa hilang perlahan-lahan tetapi kembali mengejut apabila cuba bangun atau menggerakkan badan.

Benarkah berehat dengan berbaring cara terbaik untuk menghilangkan kesakitan pinggang? Rupa-rupanya kaedah ini disarankan untuk satu atau dua hari saja kerana berbaring terlalu lama juga boleh menyebabkan sakit belakang bertambah teruk. 




Jika kesakitan masih tidak berkurang, segeralah mencuba kaedah lain atau lebih baik berjumpa doktor supaya ia tidak berlanjutan dan menjejaskan kehidupan.
Boleh dikatakan semua orang pernah sakit belakang terutama di bahagian pinggang, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Dianggarkan 80 peratus orang pernah mengalami sakit belakang yang menyebabkan kerja dan aktiviti harian terganggu. Sakit belakang juga antara punca utama ketidakupayaan bekerja dan penyumbang besar kepada pengambilan cuti sakit.








Sakit belakang menduduki tangga kedua dalam masalah neurologikal (sistem saraf), kata Pakar Bedah Tulang Belakang, Dr Siow Yew Siong. Sakit belakang menandakan ada yang tidak kena dengan saraf kita. Saraf sihat sepatutnya bergerak bebas di dalam badan bagi memastikan bekalan darah, pertukaran cecair badan dan khasiat makanan berlaku dengan sempurna.


Antara faktor penyumbang kepada masalah sakit belakang ialah postur (kedudukan) badan yang tidak betul, melakukan aktiviti di luar kebiasaan dan mengamalkan gaya hidup tidak aktif. Malah, terlalu banyak rehat juga boleh menyebabkan kita mengalami sakit belakang kerana badan manusia dicipta untuk kita bergerak aktif; bukan berehat santai sepanjang masa.

Bahkan duduk terlalu lama juga boleh menyebabkan kita sakit belakang kerana ketika duduk, kita memberi tekanan paling tinggi kepada bahagian bawah tulang belakang. Tulang belakang adalah struktur yang boleh dilentur sehingga tahap tertentu. Inilah sebabnya kita boleh membongkok atau membengkokkan badan ke kiri dan kanan.

Ia terdiri daripada 33 tulang vertebra yang dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu vertebra servikal (tujuh tulang pertama bermula di bahagian bawah tengkorak), 12 tulang vertebra torasik, lima tulang vertebra lumbar (pada bahagian bawah belakang badan) serta lima tulang sakrum dan empat tulang koksiks yang bercantum.

Di antara setiap tulang ini ada satu cakera (diska) yang bertindak sebagai penyerap hentakan, menambah keanjalan tulang belakang untuk ‘dilentur’ ke kiri, kanan, depan dan belakang. Cakera ini juga berfungsi mengagihkan berat badan secara seimbang.

Antara punca sakit belakang yang biasa ialah masalah diska tergelincir pada tulang belakang akibat posisi badan tidak betul (apabila cakera terkeluar sedikit, ia akan menekan saraf yang menyebabkan rasa sakit); otot terlalu lemah atau tegang sehingga tidak dapat menyokong bentuk asal tulang belakang atau mengangkat benda berat dengan cara salah.

Sakit belakang dibahagikan kepada dua jenis iaitu sakit yang akut (selama beberapa hari hingga minggu) dan kronik jika kesakitan berlarutan melebihi tiga bulan. Kebanyakan sakit pinggang akut disebabkan masalah mekanikal semula jadi - terjadi akibat trauma pada bahagian pinggang atau penyakit seperti artritis.

Trauma ini pula katanya, boleh disebabkan kecederaan sukan, bekerja dalam rumah, berkebun atau sentakan mengejut seperti kemalangan.

Gejala dialami setiap pesakit berbeza; ada yang sekadar sakit otot atau sakit seperti ditikam yang menjalar dari satu bahagian ke bahagian lain; menyebabkan pergerakan terhad atau tidak boleh berdiri tegak.

Bagaimana sakit belakang terutama di bahagian pinggang boleh terjadi? Menurut Dr Siow, kekuatan tulang dan keanjalan otot merosot dengan peningkatan umur. Bahkan cakera yang terletak di antara setiap tulang pada tulang belakang juga mula kehilangan cecair dan keanjalannya; menyebabkan ia hilang kebolehan untuk menyerap hentakan.

“Kesakitan boleh berlaku dalam banyak keadaan contohnya mengangkat benda yang terlalu berat atau regangan berlebihan terjadi menyebabkan salah satu otot atau ligamen tergeliat atau kejang.

“Jika tulang belakang mengalami regangan atau mampatan keterlaluan, satu cakera boleh pecah atau tertolak keluar. Cakera ini akan memberi tekanan kepada lebih 50 saraf yang bercabang daripada saraf tunjang.

“Apabila akar saraf ini terhimpit atau mengalami keradangan, kita akan mengalami rasa sakit. Lokasi kesakitan itu bergantung kepada saraf mana yang terhimpit atau radang.

Selain itu, bagi masalah sakit pinggang, ia juga boleh disebabkan masalah cakera, artritis, osteoporosis atau lain-lain penyakit tulang,” katanya.

Antara faktor penyumbang sakit belakang ialah:

  • Obesiti
  • Merokok
  • Tekanan
  • Keadaan fizikal tidak elok
  • Postur badan yang salah
  • Posisi tidur tidak elok
  • Tiada sokongan daripada tilam ketika tidur
    Sakit belakang, khususnya pada bahagian pinggang boleh menjadi petanda kepada masalah kesihatan yang lebih serius terutama bagi kesakitan yang disertai demam atau hilang kawalan untuk buang air kecil atau besar; sakit ketika batuk dan kaki terasa semakin lemah.

    Siapa yang boleh mendapat sakit belakang atau sakit pinggang? Semua orang tanpa mengira peringkat umur dan risiko mendapatnya meningkat dengan pertambahan umur.

    Bagaimanapun, masalah ini lebih kerap berlaku pada lingkungan umur 30 hingga 50 tahun; disebabkan proses penuaan dan gaya hidup yang tidak aktif.

    Antara masalah yang sering dikaitkan dengan sakit pinggang ialah kerosakan cakera, degenerasi (kemerosotan) tulang belakang (ia menyebabkan kesakitan belakang ketika bangun tidur atau selepas berjalan lama) dan stenosis spina (juga ada kaitan dengan kesakitan akibat masalah cakera).

    Diagnosis dan rawatan
    Masalah sakit belakang boleh dikesan melalui sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal, ujian darah dan ujian imbasan. Ujian imbasan ini seperti sinar-X, diskografi (ejen pembandingan akan disuntik ke dalam cakera) dan tomografi komputer (CT) adalah kaedah cepat untuk mengetahui jika pesakit mengalami masalah cakera, stenosis spina atau kerosakan pada mana-mana tulang belakang.

    Manakala ujian pengimejan resonans magnetik (MRI) digunakan bagi mengesan masalah kemerosotan, kecederaan atau penyakit pada tisu, saraf, otot, ligamen dan salur darah. Imbasan tulang pula adalah untuk mengesan dan memantau jika berlaku jangkitan, keretakan atau penyakit pada tulang belakang.

    “Kebanyakan masalah sakit belakang khususnya sakit pinggang boleh dirawat tanpa pembedahan. Antara kaedah rawatan ialah untuk mengawal kesakitan, mengurangkan keradangan, mengembalikan fungsi dan kekuatan bahagian belakang serta mencegah kecederaan daripada berulang.

    “Menekap bahagian yang sakit dengan ais atau pek panas boleh mengurangkan kesakitan dan keradangan; membantu sesetengah pesakit untuk bergerak. Sejurus selepas mengalami trauma, pesakit seharusnya menekap pek ais yang dibalut dengan tuala pada bahagian sakit selama 20 minit beberapa kali sehari.

    “Selepas dua atau tiga hari melakukan kaedah ini, tuam bahagian berkenaan dengan tuala atau pek panas untuk seketika bagi merehatkan otot dan merangsang aliran darah.

    Mandi air suam juga boleh membantu merehatkan otot.

    “Selain itu anda juga boleh berehat di katil (baring) tetapi hanya untuk satu atau dua hari saja. Berehat (baring) boleh membuatkan sakit belakang bertambah teruk dan menyebabkan seseorang pesakit mengalami tekanan, kemurungan, melemahkan otot dan kemungkinan berlakunya darah beku pada kaki. Pesakit seharusnya kembali melakukan aktiviti harian secepat mungkin,” katanya.

    Menurutnya, bersenam adalah cara yang paling berkesan untuk mempercepatkan penyembuhan kepada masalah sakit belakang (khususnya sakit pinggang) dan menguatkan otot belakang dan abdomen. Antara senaman yang mudah dilakukan ialah senaman regangan, berenang, berjalan atau menjalani terapi pergerakan bagi memperbaiki koordinasi dan keseimbangan untuk postur dan otot.

    Doktor juga akan memberikan ubat untuk merawat sakit belakang akut dan kronik. Selain itu terapi intervensi (termasuklah suntikan ubat bius steroid pada tisu, sendi atau akar saraf) dan suntikan epidural.

    Pembedahan adalah pilihan terakhir, selepas semua kaedah lain tidak berjaya mengurangkan kesakitan. Dapatkan pandangan kedua jika anda disyorkan menjalani pembedahan kerana kini ada banyak kaedah baru yang lebih mudah dan berkesan.

    Pencegahan
    Bolehkah sakit belakang dielakkan? Ya. Sakit belakang yang disebabkan postur badan kurang baik atau lain-lain sebab bukan trauma (kemalangan) biasanya boleh dielakkan dengan kaedah di bawah:

  • Kerap bersenam untuk meningkatkan keupayaan dan keanjalan otot. Antara senaman yang baik ialah senaman regangan, yoga, tai chi, berenang atau pilates. Lakukan senaman aerobik seperti berjalan, berjoging, berbasikal, bermain badminton atau menari sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit setiap sesi.
    Tingkatkan kekuatan anda dengan senaman yang membabitkan seluruh badan, terutama otot perut, belakang, paha dan pinggul. Senaman menguatkan otot kaki dan bahu membantu mengurangkan risiko kecederaan ketika mengangkat benda berat.

    Buat pergerakan memanaskan badan sebelum bersenam atau bersukan. Ia penting untuk meningkatkan suhu dan pergerakan otot bagi mengelak risiko kecederaan.

  • Pelajari posisi atau postur badan yang betul ketika melakukan kerja, terutama ketika mengangkat barang. Berhati-hati ketika anda berasakan ketegangan otot supaya ia tidak tercedera.
    Elakkan duduk terlalu lama dan buat senaman regangan atau berjalan seketika setiap 30 minit. Apabila duduk, pastikan paha dan lutut pada posisi selesa, selain menggunakan kerusi yang memberi sokongan pada belakang badan.

  • Amalkan prinsip ergonomik - sama ada di rumah atau tempat kerja boleh mengurangkan risiko kecederaan. Ini termasuklah menggunakan kerusi yang mempunyai penyandar mengikut bentuk semula jadi tulang belakang.
    “Tulang belakang kita mempunyai lengkuk seperti bentuk S terbalik dan sebarang aktiviti yang mengubah lengkuk semula jadi ini, jika dilakukan untuk jangka masa lama, boleh menyebabkan ketidakselesaan. Sekiranya berterusan, ia boleh menyebabkan sakit belakang,” kata Dr Siow.

  • Amalkan pemakanan seimbang untuk mengelakkan masalah berlebihan berat badan, terutama di bahagian pinggang. Ini kerana kegemukan di pinggang akan memberi lebih kesan kepada otot di bahagian berkenaan.
  • Berhenti merokok. Asap rokok akan mengurangkan aliran darah ke bahagian bawah tulang belakang dan menyebabkan cakera lebih mudah mengalami kemerosotan.
  • Tidur di atas tilam yang boleh memberi sokongan kepada badan, tidak terlalu keras atau lembik sehingga anda ‘tenggelam’ apabila baring di atasnya. Tidur dalam posisi yang membolehkan anda mengekalkan lengkungan tulang belakang yang normal.
    Tilam yang tidak memberi sokongan kepada badan akan mendorong kita untuk tidur dalam posisi kurang baik, membuatkan otot meregang dan tidak membantu penjajaran tulang belakang - semuanya menyumbang kepada masalah sakit belakang.

    “Tilam yang baik sepatutnya memberikan sokongan kepada lengkuk semula jadi tulang belakang. Kajian menunjukkan tilam yang separa empuk boleh membantu mengurangkan kesakitan belakang. Jika tilam terlalu keras akan memberi lebih tekanan pada belakang dan ini boleh memburukkan keadaan,” katanya.

  • SUMBER; HARIAN METRO
    DISCLAIMER:

    Penulis blog bukan doktor mahupun pakar perubatan. Walau bagaimanapun, perkongsian rakan-rakan yang menghadapi masalah kesihatan di dalam blog ini, sangat dihargai dan dialu-alukan. 

    Artikel kesihatan ini bertujuan untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan kesihatan. Artikel yang disiarkan dipetik daripada sumber yang dinyatakan di bawah entry ini. Artikel ini adalah sebagai perbincangan sahaja.

    Kepada Sesiapa yang merasakan dirinya mempunyai simptom-simptom masalah kesihatan tertentu dan mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan, sila berjumpa dengan doktor untuk nasihat perubatan dan rawatan susulan.Ini agar doktor dan pakar perubatan dapat membuat diagnosis terhadap penyakit anda seterusnya merawat kes anda dengan segera.

    Bersama menjaga kesihatan demi ummah sejahtera. InshaAllah. Tetapi jika kita ditimpa sakit,, yakinlah, InshaALLAH ada rahmat ALLAH untuk kita jika kita sabar dan redha. InshaALLAH.

    Nota Kaki:

    Untuk info lanjut sila hubungi:
    Dr Nizar Abdul Jalil
    HP no; 6 013 9803389
    Office; 6 -09-7673000 Ext. 6095/3866
    Email: nizar@kb.usm.myklik http://drnizarabduljalil.blogspot.com/2010/05/kenali-dr-nizar.html

    SAKIT BELAKANG KRONIK Bukan sakit belakang biasa

    $
    0
    0
    SAKIT BELAKANG KRONIK
    Bukan sakit belakang biasa



    DISCLAIMER:

    Penulis blog bukan doktor mahupun pakar perubatan. Walau bagaimanapun, perkongsian rakan-rakan yang menghadapi masalah kesihatan di dalam blog ini, sangat dihargai dan dialu-alukan. 

    Artikel kesihatan ini bertujuan untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan kesihatan. Artikel yang disiarkan dipetik daripada sumber yang dinyatakan di bawah entry ini. Artikel ini adalah sebagai perbincangan sahaja.

    Kepada Sesiapa yang merasakan dirinya mempunyai simptom-simptom masalah kesihatan tertentu dan mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan, sila berjumpa dengan doktor untuk nasihat perubatan dan rawatan susulan.Ini agar doktor dan pakar perubatan dapat membuat diagnosis terhadap penyakit anda seterusnya merawat kes anda dengan segera.

    Bersama menjaga kesihatan demi ummah sejahtera. InshaAllah. Tetapi jika kita ditimpa sakit,, yakinlah, InshaALLAH ada rahmat ALLAH untuk kita jika kita sabar dan redha. InshaALLAH.

    Nota Kaki:

    Untuk info lanjut sila hubungi:
    Dr Nizar Abdul Jalil
    HP no; 6 013 9803389
    Office; 6 -09-7673000 Ext. 6095/3866
    Email: nizar@kb.usm.myklik http://drnizarabduljalil.blogspot.com/2010/05/kenali-dr-nizar.html


    Bukan sakit belakang biasa

    Asalamualaikum Dr Nizar,
    Saya ingin bertanya beberapa soalan. Begini, saya mengalami masalah sakit pinggang pada tahun lalu semasa mengangkat barang di tempat kerja. Ketika itu pinggang saya seakan berbunyi (meletup) dan saya terus mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

    Doktor di situ mengesyorkan saya membuat pembedahan untuk memasang plate dengan kos RM20,000. Saya menangguhkannya kerana bimbang akan kesan jangka masa panjang. Setelah itu setiap kali mendapatkan rawatan fisioterapi, badan saya jadi lemah dan sakit.

    Pada tahun ini, kesakitan merebak ke bahagian leher dan memerlukan saya memakai penyokong leher. Saya juga terasa sakit di bahagian bahu, tulang belakang hingga ke kaki. Kadangkala sakitnya seakan mencucuk-cucuk.

    Soalan saya:

    1) Adakah rawatan cara lain tanpa perlu memasang plate?

    2) Sekiranya Dr. Nizar mengesyorkan cara rawatan lain, berapakah pula anggaran kos yang diperlukan?

    Untuk pengetahuan Dr, laporan MRI tulang belakang saya menyatakan:

    1. ”Postero central disc protrusion at L3/L4, L4/L5 and L5/S1. Severe narrowing of the neural foramine.”

    2. “Posterior bulge of C4/5, Tanya Dr Nizar Bukan sakit belakang biasa Cakera tergelincir boleh menyebaban sakit belakang yang turun ke kaki dan terasa seperti renjatan elektrik. C5/6 and C6/7 disc that moderately indent the central canal at level of C5/6 and mild indentation at the other levels.”

    Diharap Dr Nizar dapat mengesyorkan rawatan terbaik untuk mengubati penyakit saya.

    Sekian, terima kasih.


    Abdullah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang


    JAWAPAH: Sakit belakang pinggang boleh berpunca daripada beberapa sebab. Sebab paling kerap berlaku ialah sakit urat yang dikenali sebagai muscle sprain atau strain. Biasanya keadaan ini berlaku jika kita membuat kerja berat atau pergerakan melebihi julat biasa.
    Sakit biasanya sederhana atau boleh juga menjadi teruk. Apa yang pasti, semua sakit ini akan beransur pulih dalam masa satu minggu dan berkesan dengan memakan ubat penahan sakit biasa seperti celebrex dan ponstan. Tapi jika sakit berlarutan hingga lebih dari tiga bulan, ada kemungkinan anda mengalami penyakit tulang belakang yang lebih serius.

    Penyebab utama sakit belakang yang kronik ini ialah sakit sendi faset, cakera tergelincir (slipped disc), tulang belakang tersumbat (spinal stenosis), sakit discogenic, sakit sendi pinggul (sacroiliac joint) dan lain-lain. Jika anda mengalami sakit belakang yang rasa turun ke kaki terutama jika berasa seperti mencucuk atau renjatan elektrik, besar kemungkinan anda mengalami sakit cakera tergelincir atau spinal stenosis pada tulang pinggang anda.

    Perbezaannya, cakera tergelincir lebih kerap berlaku pada orang muda dan spinal stenosis pula lebih kerap berlaku pada orang berusia 50 tahun ke atas. Biasanya (lebih 50 peratus) sakit cakera tergelincir ini tidak datang sendirian, kerap kali ada sakit secondary lain menyusul pada masa sama seperti sakit sendi faset atau sakit sendi pinggul. Ini akan menambah rasa sakit dan ketidakupayaan untuk bergerak.

    Jika sakit anda mula berjangkit pada eher, itu tidak pelik kerana penyakit cakera tergelincir dan faset memang kerap berlaku pada leher atau pinggang. Biasanya kedua-dua bahagian ini berlaku serentak, cuma salah satu lebih ketara. Ini disebabkan tengkuk dan pinggang
    merupakan bahagian tulang belakang yang paling banyak bergerak, maka lebih cenderung berlaku proses penuaan disebabkan oleh proses 'wear and tear'.

    Siasatan MRI boleh memastikan penyakit cakera tergelincir di samping menilai darjah keterukan penyakit tersebut. "Disc protrusion" atau "extrusion” bermakna cakera tergelincir yang serius, manakala “disc bulge” tidak memberi makna apa-apa yang serius. Kalau ada
    “spondylosis”, itu hanyalah istilah umum untuk merujuk kepada proses penuaan yang berlaku pada tulang belakang.

    Istilah ini tidak menolong dalam merawat pesakit secara tepat. MRI juga penting untuk mengagak peratus kejayaan jika anda memilih rawatan suntikan Radiofrequency yang saya lakukan sebagai opsyen kepada pembedahan. Suntikan Intradiscal Radiofrequency Disc Decompression (IDRFDD) ini bertujuan untuk mengecutkan disc yang tergelincir agar masuk ke dalam semula.

    Secara umumnya jika sakit yang turun ke kaki masih di peringkat sederhana (ubat makan berkesan) dan boleh dibawa berjalan (tapi terbatas) kejayaan melalui rawatan suntikan Radiofrequency boleh mencapai 80 peratus. Tapi jika ada penyakit sendi faset, adalah perlu rawatan pada masa sama kerana gejala kedua–dua masalah tulang belakang ini berkait dan mirip antara satu sama lain.

    Anggaran kos rawatan Radiofrequency sekitar RM3,500 hingga RM10,000 dan turut bergantung pada beberapa faktor. Berapa banyak diagnosis sakit belakang yang ada, di hospital mana suntikan itu dibuat, sama ada anda memiliki polisi insurans atau tidak dan berapa hari anda masuk wad turut menentukan jumlah kos yang perlu dibayar.



    TIP DAN PETUA PENJAGAAN TULANG BELAKANG

    $
    0
    0
     TIP DAN PETUA PENJAGAAN TULANG BELAKANG



    Tulang belakang rasa nyeri? Nyeri atau sakit pada tulang belakang biasanya berlaku pada tulang belakang di sekitar bahagian pinggang. Nyeri atau sakit pada bahagian tulang belakang ini berpunca daripada gangguan yang terdapat pada struktur tulang belakang dan otot-otot yang terlibat pada bahagian tersebut. 

     Kajian yang dilakukan oleh pihak American Pain Sosiety dan American College of Physician mendapati bahawa rasa sakit atau nyeri pada tulang belakang boleh dikurangkan tanpa melakukan pembedahan. Antara kaedah untuk mengurangkan sakit tulang belakang termasuklah kaedah manipulasi tulang belakang atau akupuntur. 

    Kaedah terapi seperti ini adalah alternatif terhadap penggunaan ubat-ubatan. Saranan supaya pesakit berbaring di tempat tidur untuk merehatkan tulang belakang selama bebarapa hari bukanlah cadangan yang baik. 

    Berbaring terlalu lama akan menyebabkan tulang belakang menjadi lemah kerana tidak digunakan. Pesakit digalakkan melakukan aktiviti harian seperti biasa. Sinar-X ray juga cuma akan dilakukan ke atas pesakit untuk mengesahkan andaian doktor terhadap punca atau faktor rasa nyeri atau sakit belakang yang berlaku ke atas pesakit.

    Cara-cara menjaga tulang belakang:






    1. Semasa mengangkat barang dari lantai, jangan bongkokkan badan dan terus mengangkat barang tersebut, terutama kotak ataupun barang yang berat. Ini merbahaya untuk tulang belakang. Urat dan otot badan di bahagian belakang dan punggung akan sakit. Beban yang berat akan memberi tekanan kepada tulang punggung. Oleh itu, jika mahu mengangkat barang yang berada di atas lantai, pastikan anda duduk dahulu. Luruskan tulang belakang, dan angkat pada paksi menegak atau secara menegak ke atas seperti lif.

    2. Gunakan tangga apabila mengangkat barang yang berada di kedudukan yang tinggi daripada kita. Jika kita mengangkat barang-barang berada di keduduka yang lebih tinggi daripada pundak atau tulang punggung kita, tekanan yang akan dikenakan pada tulang belakang adalah sangat berat.

    3. Gantikan posisi sesering sekirannya kita perlu berdiri dalam waktu yang lama. Contohnya kalau kita iron baju sambil berdiri, gunakan kerusi kecil untuk meletakkan kaki kita secara berganti-ganti. Ini dapat menyeimbangkan dan mengganti tumpuan berat badan. Berdirilah secara tegak , dan janganlah membungkuk .

    3. Jika kita terpaksa berdiri dalam jangka masa yang lama, pastikan kita tahu menyeimbangkan dan mengubah kedudukan atau tumpuan berat badan. Berdirilah secara tegak dan jangan membongkok.

    4. Semasa berjalan, pastikan postur badan adalah tegak. Letakkan buku di atas kepala dan berjalan. Jika buku itu jatuh, maknanya postur badan semasa berjalan adalah tidak betul. Kasut bertumit tinggi juga amat berbahaya. Apa faedahnya pakai kasut tumit tinggi?

    5. Semasa duduk, pastikan anda menyandar. Belilah kerusi yang mempunyai penyandar. Elakkan lutut daripada sejajar dengan pinggul semasa duduk. Jika sedang memandu kerea pula, pastikan ada sokongan terhadap punggun di bahagian bawah. Pastikan kedudukan kaki tidak terlalu jauh dari pedal minyak untuk mengelakkan regangang otot yang melampau dan boleh menyebabkan kekejangan kaki dan tekanan pada tulang punggung.

    6. Sewaktu duduk di hadapan komputer atapun menonton TV, selalunya orang yang kerjanya menghadap komputer 24jam...ahakks pastikan paha kita sejajar atau selari dengan lantai, jangan biarkan lutut kita lebih tinggi dari paha atau kaki terggantung jauh dari lantai. Pastikan kaki kita rata dan punggung mendapat sokongan dari belakang kerusi.

    6. Semasa duduk di atas meja, menghadap komputer atau menonton televisyen, pastikan peha kita selari dengan lantai. Jangan biarkan lutut berada di aras yang lebih tinggi daripada paha atau kaki tergantung tidak menyentuh lantai. Pastikan kaki kita rata dan punggung kita mendapat sokongan dari belakang kerusi. 


    Jangan biarkan bahagian atas badan memberi tekanan kepada tulang belakang khususunya di bahagian pinggang atau tulang belakang di atas bahagian punggung. Kawasan inilah yang selalu sakit jika kita duduk terlalu lama (tekanan secara terus daripada berat badan di atas kawasan pinggang.

    7. Untuk menjaga tulang belakang pastikan tempat tidur cukup keras dan rata. Jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembut sehingga tidak dapat menampung tulang belakang. Sekirannya kita tidur telentang, letakkan 1 bantal di bawah lutut, bengkokkan sedikit lutut, biarkan kedua lutut tersebut bertumpukan.




    RUJUKAN 2: Cara untuk mengelakkan sakit belakan

    Cara untuk mengelakkan sakit belakang
    Oleh : Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam sekitar
    Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

    Segala kerja yang anda buat boleh memberi kesan kepada belakang anda samada duduk, berdiri, membongkok, mencapai/ terdongak kepala untuk mengambil sesuatu, berjalan, berlari, menarik, memegang, menahan, menolak, menurun atau mengangkat barang. Hatta semasa sedang beristirihat atau tidur pun belakang anda sedang berperanan. Sakit belakang adalah masalah otot dan tulang.

    Apa yang menyebabkan sakit belakang (Faktor risiko)

    1. Postur yang tidak betul
    Berdiri, duduk atau bergerak seperti orang malas, kedudukan sebelah pinggang lebeh tinggi daripada yang sebelah lagi. Tabiat seperti ini akan menyebabkan otot tegang, kaku, sakit belakang, sakit leher dan kelesuan.

    2. Kurang senaman
    Otot yang menyokong tulang belakang perlu senaman untuk regangan dan mengekalkan otot itu supaya kuat.

    3. Kegemukan
    Perut buncit akan menarik otot belakang dan menegangkan otot abdomen. Mengurangkan berat badan boleh meringankan beban kepada belakang dan baik untuk jantung.

    4. Stres
    Kerunsingan boleh mengakibatkan otot belakang menegang dan hilang keseimbangan badan dan boleh cedera belakang.

    5. Tersalah urat belakang
    Anda boleh menegangkan atau mengoyak bahagian belakang dengan hanya membongkok, mencapai/ mendongak untuk mengambil sesuatu dan mengangkat barang dengan cara yang salah.

    6. Piring ruas tulang belakang tergelincir
    Kadangkala piring/ cakera ruas tulang belakang tergelincir atau tergencat daripada kedudukan asalnya dan akan menekan saraf dibelakang. Ini menyebabkan kesakitan, lemah dan kebas-kebas di kaki. Anda perlu mendapatkan rawatan Doktor.

    Jika sakit belakang sering menganggu dan anda tidak tahu apa hendak dibuat. Ini adalah panduannya.

    Cara yang betul untuk berdiri, duduk, memusing badan, berjalan, tidur dan mengangkat barang.

    Semasa berdiri :
    Rihatkan sebelah kaki di atas papan lapek rendah untuk menyokong belakang sebelah bawah.

    Kebiasaannya kerja hendaklah di buat pada paras ketinggian siku samada sewaktu anda duduk atau berdiri. Walau bagaimana pun kerja yang berat hendaklah dibuat pada paras lebih rendah daripada ketinggian siku.

    Semasa memusing badan :
    Berpusing dengan mengerakkan kaki, bukan memusing badan. Badan yang berpusing boleh menyebabkan kecederaan belakang.

    Semasa duduk :
    Gunakan kerusi yang boleh menyokong belakang. Tapak kaki di rapatkan ke lantai dan badab bersandar di kerusi.

    Semasa berjalan
    Kepala tegak ke depan dan angkat dada sedikit.

    Sewaktu tidur.
    Tidur diatas belakang dengan menyelit bantal kecil di celah lutut, tidur mengiring dengan kaki membengkok atau tidur seperti kedudukan janin dalam perut ibu.

    Semasa mengangkat barang.
    Mengangkat barang hendaklah dengan menggunakan otot kaki, bukannya otot belakang. Berat barang yang selamat untuk diangkat hendaklah lebeh kurang 3 kg
    ( anggaran purata berat bayi baru lahir)

    Anda boleh merujuk maklumat cara mengangkat barang dengan cara yang betul di artikel yang lain.

    Mencapai untuk mengambil sesuatu barang
    Satu cara yang baik untuk memikirkan berkenaan kawasan yang boleh di capai dengan tangan ialah ruang hayunan lengan semasa digerakkan. Mencapai sesuatu benda di dalam kawasan ini adalah selamat.

    Penutup
    Kita mesti ingat, untuk mendapat belakang yang sihat, kita hendaklah mengekalkan otot belakang dan abdomen supaya kuat. Dengan itu ia boleh menyokong dan meletakkan tulang ruas vertebra leher, tulang ruas vertebra toreks dan tulang ruas vertebra pinggang pada tempatnya serta seimbang kedudukannya. 


    Di dalam apa jua aktiviti atau kerja yang dijalankan pastikan postur badan yang betul, sendi tulang hendaklah dalam kedudukan semulajadi, dilarang membongkok kehadapan dan berwaspada dengan berat badan.

    Berhati-hati kerana kelalaian boleh mengakibatkan sakit belakang.

    Selamat mencuba.


    Bibliographi :
    Back care : National Safety Council
    Ergonomics for beginners a quick reference guide : J.Dul and B.Weerdmeester



    Tayar KL Monorail Meletup Tiada Penumpang Cedera

    $
    0
    0
    Tayar KL Monorail Meletup Tiada Penumpang Cedera

    KUALA LUMPUR - Perkhidmatan monorel di ibu negara tergendala selepas satu daripada tayar getah sebuah trennya yang dalam perjalanan ke Stesen Titiwangsa, meletup berhampiran Stesen Monorail KL Chow Kit.


    Pengurus Kanan Komunikasi dan Hal Ehwal Media Syarikat Prasarana Negara Berhad Berhad (Prasarana), Azhar Ghazali berkata, tindakan pantas pemandu tren berkenaan berjaya memastikan keselamatan penumpang.

    "Pemandu berkenaan, Rizalman Rosli, 37, berjaya memberhentikan tren dengan selamat apabila tayarnya meletup pada 6.30 petang. Sebuah tren dihantar untuk menarik tren yang terkandas itu ke stesen terdekat.


     
    "Selepas itu, sebuah tren penyelamat dihantar dan sampai di tempat kejadian pada 7.15 malam untuk memindahkan penumpang," katanya dalam kenyataan.


    Ketua Pegawai Operasi KL Monorail Abdul Hadi Amran berkata urusan pemindahan penumpang selesai menjelang 7.24 malam dan kesemua 200 penumpang selamat, manakala alat penyaman udara tren terbabit berfungsi sepanjang urusan pemindahan
    penumpang dijalankan.



    Katanya pasukan penyelamat KL Monorail menjalankan kerja pemindahan penumpang itu dengan bantuan Jabatan Bomda dan Penyelamat.


    "Kami sediakan perkhidmatan alternatif di stesen kami sehingga perkhidmatan monorel disambung semula," katanya.


    Sementara itu, pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khiruddin Drahman dalam kenyatan melalui khidmat pesanan ringkas kepada Bernama berkata, 29 anggota bomba dan penyelamat dari balai bomba Hang Tuah, Setapak, Titiwangsa dan
    Sentul terlibat dalam operasi menyelamat itu.



    Katanya mereka membantu memindahkan 164 penumpang iaitu 103 wanita, 60 lelaki dan seorang kanak-kanak. - Bernama

    sUMBER; SINARHARIAN

    Tayar KL Monorail Meletup : Tiada Penumpang Cedera 
     
     
    KUALA LUMPUR: Perkhidmatan monorail di bandar raya ini tergendala selepas satu daripada tayar getah sebuah trennya yang dalam perjalanan ke Stesen Titiwangsa, meletup berhampiran Stesen Monorail KL Chow Kit.


    Pengurus Kanan Komunikasi dan Hal Ehwal Media Syarikat Prasarana Negara Berhad Berhad (Prasarana) Azhar Ghazali berkata tindakan pantas pemandu tren berkenaan berjaya memastikan keselamatan penumpang.
    "Pemandu berkenaan, Rizalman Rosli, 37, berjaya memberhentikan tren dengan selamat apabila tayarnya meletup pada 6.30 petang. Sebuah tren dihantar untuk menarik tren yang terkandas itu ke stesen terdekat. "Selepas itu, sebuah tren penyelamat dihantar dan sampai di tempat kejadian pada 7.15 malam untuk memindahkan penumpang," katanya dalam kenyataan.
    Ketua Pegawai Operasi KL Monorail Abdul Hadi Amran berkata urusan pemindahan penumpang selesai menjelang 7.24 malam dan kesemua 200 penumpang selamat, manakala alat penyaman udara tren terbabit berfungsi sepanjang urusan pemindahan penumpang dijalankan.
    Katanya pasukan penyelamat KL Monorail menjalankan kerja pemindahan penumpang itu dengan bantuan Jabatan BomBa dan Penyelamat. "Kami sediakan perkhidmatan alternatif di stesen kami sehingga perkhidmatan monorail disambung semula," katanya.
    Sementara itu, pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khiruddin Drahman dalam kenyatan melalui khidmat pesanan ringkas kepada Bernama berkata 29 anggota bomba dan penyelamat dari balai bomba Hang Tuah, Setapak, Titiwangsa dan Sentul terlibat dalam operasi menyelamat itu.
    Katanya mereka membantu memindahkan 164 penumpang iaitu 103 wanita, 60 lelaki dan seorang kanak-kanak.


    SUMBER; MSTAR



    Cabaran Pendidik Mendidik Pelajar Zaman Siber

    $
    0
    0
    Cabaran Pendidik Mendidik Pelajar Zaman Siber



    Cuba kita renungi baris-baris akhir sebuah sajak yang cukup terkenal yang berbunyi;

    “…Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
     Segalanya dimulakan oleh seorang guru biasa,
     Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.”


    Sajak ini tentunya sudah biasa kita baca malah sering dideklamasikan setiap kali Sambutan Hari Guru diadakan pada 16 Mei setiap tahun. 

    Sajak yang dihasilkan oleh Allahyarham Datuk Usman Awang, pasti membuatkan setiap insan yang bergelar guru terasa dihargai. Dr Novandri Hasan Basri dalam tulisannya “Buli Dan Masalah Sosial Pelajar : Satu Penyelesaian” menyatakan bahawa dahulu masyarakat memandang tinggi terhadap guru-guru sekolah. 


    Guru-guru ketika itu dianggap sangat istimewa kerana mereka mempunyai ilmu yang tidak dimiliki oleh orang lain. Ketika itu, ilmu pelajaran adalah hak eksklusif guru-guru. Segala teknik pengajaran, buah fikiran guru-guru ataupun cara mereka menghukum pelajar-pelajar diterima baik oleh ibubapa. 

    Mereka percaya bahawa guru-guru melakukannya supaya anak-anak mereka akan menjadi lebih pandai. Secara tidak langsung, pengiktirafan tinggi masyarakat ini akan menyebabkan mereka menjadi lebih bersemangat dan bangga menjadi seorang guru.

    Tegas Dr Novandri lagi, dahulu, kita mempunyai sistem kekeluargaan yang utuh dan berfungsi. Ibu bapa mempunyai masa dan tidak perlu sangat memikirkan soal wang. Mereka berjaya bertindak sebagai ‘penyerap’ kepada permasalahan anak-anak mereka samada di rumah mahupun di sekolah. Dalam masa yang sama, sebahagian besar ibubapa tidak berpelajaran, maka dengan itu anak-anak yang berkebolehan untuk belajar di sekolah ketika itu adalah sesuatu yang amat dikagumi dan dibanggakan oleh mereka. Bagi mereka, nilai sekolah rendah dan menengah ini dirasakan amat tinggi dan sangat penting.

    Dr Novandri Hasan Basri juga menyatakan bahawa bahawa waktu sekarang, hampir semua ibubapa dan masyarakat mempunyai taraf pelajaran yang lebih tinggi. Orang dewasa ini telah pun berjaya melalui sistem persekolahan tersebut. Hal ini menghasilkan satu masyarakat yang juga mempunyai ilmu-ilmu yang dahulunya hak ekskusif dan hanya diketahui oleh guru-guru. Lantaran itu, mereka mengganggap guru-guru di sekolah hanya sebagai objek penyalur ilmu secara formal sahaja (Jun 2003). 


    Yusri Abdul Malek dalam artikelnya “Displin Pelajar Bermula di Rumah” pula menegaskan pula bahawa pada zaman dulu guru dihormati dan rotan ialah senjata utama mendisiplin pelajar tetapi kini semua itu tidak dianggap relevan lagi. 




    Tegas beliau, kebanyakan ibu bapa yang berkerjaya dan bergaji besar serta berasal dari kampung bagaikan lupa peranan guru yang membantu kejayaan mereka hanya kerana anak mereka dirotan kerana kesalahan disiplin. Sebaliknya, mereka bertindak datang ke sekolah dan menyalahkan guru yang terbabit merotan anaknya. Hal ini sedang berlaku dalam sistem pendidikan kita.Terlalu banyak campur tangan dan akhirnya guru tiada kebebasan untuk bertindak menyebabkan masalah disiplin tiada noktah. (Harian Metro, 25 Mei 2006)

    Adakah situasi ini berpunca daripada ibu bapa hilang kepercayaan terhadap guru-guru untuk mendidik pelajar-pelajar? Atau ibu bapa sendiri yang terlampau memanjakan anak? Realiti hari ini pelajar dimewahkan oleh ibu bapa sendiri. Fenomena yang biasa berlaku sekarang ialah para guru menunggu bas manakala murid menunggu pemandu peribadi mereka untuk pulang apabila selesai sesi persekolahan. Tidak kurang yang memandu sendiri ke sekolah dan amat biasa murid memegang telefon bimbit. Kedudukan ekonomi mereka yang lebih baik menyebabkan hormat mereka terhadap guru berkurangan. Guru sering dipandang rendah dan akibatnya mereka tidak takut untuk melawan guru. Sikap ibu bapa yang menyebelahi anak-anak juga menjadi punca pelajar melawan guru.

    Berdasarkan bancian oleh laman web utusan.com.my terhadap insiden guru menghukum atau mendenda pelajar-pelajar sekolah kerana kesalahan yang kian mendapat publisiti meluas media, ramai yang mengundi pernyataan ‘Pelajar zaman sekarang terlalu dimanjakan’ sebagai sebab meningkatnya masalah disiplin di sekolah.. Undian ini merupakan undian tertinggi daripada lima pilihan. Jumlah undi tersebut adalah sebanyak 57.59% daripada 24084 undi ( data sehingga 30/7/2007). Hal ini mengambarkan bahawa ramai dalam kalangan masyarakat mengakui bahawa masalah disiplin berkait rapat dengan tindakan ibu bapa yang terlalu memanjakan anak mereka.

    Jika diamati, pelajar hari ini yang juga terdiri daripada golongan remaja sering dibabitkan dengan pelbagai jenayah dan salah laku, antaranya pergaduhan dan gengsterisme, merokok, menagih dadah, seks bebas, memusnahkan harta benda awam (vandalisme) dan merompak. Kes yang terbaru ialah sembilan orang pelajar perempuan yang membelasah seorang rakan mereka dan merakam gambar bogel mangsa. 


     Perlakuan sebegini lazimnya tidak disedari oleh ibu bapa kerana kejadian tidak berlaku di hadapan mata mereka. Namun apabila nasi sudah menjadi bubur dan hal ini diketahui oleh ibu bapa pelajar-pelajar terbabit, mereka bertindak merayu bapa mangsa supaya menarik balik laporan polis yang dibuat. Mereka seolah-olah takut anak-anak mereka dihukum sedangkan hukuman wajar dijatuhkan terhadap pelajar-pelajar yang bertindak agresif dan di luar batas kemanusiaan itu.


    Perkembangan terbaru kes ini ialah kesembilan pelajar ini telah memohon maaf daripada mangsa dan menyatakan penyesalan. Adakah dengan meminta maaf dan menangis, perbuatan yang mereka lakukan mudah dilupakan dan dimaafkan?. Apakah tidak mustahil mereka ini akan mengulangi perbuatan mereka terhadap orang lain? 

    Mungkinkah segala-galanya hanya lakonan dan tindakan kepura-puraan sekadar untuk mengelak dikenakan hukuman yang berat? Apakah yang akan dilakukan oleh ibu bapa pelajar-pelajar terbabit seandainya anak-anak mereka dihukum dan dihantar ke pusat pemulihan akhlak? Adakah mungkin ibu bapa menganggap bahawa hukuman tersebut adalah tidak adil? Bagaimana pula sekiranya yang menjadi mangsa adalah guru perempuan yang didendami oleh kumpulan pelajar ini yang mungkin cuba mendisiplinkan mereka?

    Segalanya tidak mustahil berlaku kerana sesuatu yang tidak terduga oleh akal boleh dilakukan oleh pelajar-pelajar zaman ini. Berita penangkapan kanak-kanak berumur 12 tahun yang dituduh terlibat dalam kejadian menculik dan merogol wanita berumur 30 tahun berulangkali secara bergilir-gilirmenjadi buktinya ( Buletin 1.30,TV3, 5 Ogos 2007).


     Tentunya kejadian ini mengejutkan kita dan pasti menerbitkan rasa bimbang di hati para guru akan keselamatan diri. Masakan tidak, pelajar-pelajar zaman ini sudah berani melakukan apa sahaja tanpa memikirkan risiko yang bakal ditanggung.

    Norhayati Md Said dalam tulisannya “Kekurangan Guru Lelaki Amat Dirasai’ yang disiarkan di Berita Minggu , turut mengakui bahawa masalah disiplin ketika ini bukan boleh dibandingkan dengan zaman dulu

    Masalah yang menghambat anak zaman sekarang terlalu berat, bermula daripada ponteng, menghisap rokok, samseng, pergaulan bebas lelaki wanita dan pelbagai masalah yang tidak terfikir akal boleh dilakukan anak zaman ini.Inilah cabaran hebat yang perlu ditanggung oleh guru ( Ahad, 29 Julai 2007). 


     Cabaran yang hebat dalam mendidik dan mendisiplinkan pelajar boleh mematahkan semangat guru.Guru sering berada dalam keadaan dilema sama ada mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar atau membiarkannya sahaja. Guru menjadi serba salah kerana bimbangkan keselamatan diri. Kebimbangan guru ada rasionalnya. Guru bimbang sekiranya mereka mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar yang melanggar peraturan sekolah, mereka akan menghadapi risiko. Pelajar yang nakal ini berkemungkinan membalas dendam dengan cara mencederakan guru atau merosakkan harta benda guru seeprti mencalar kereta guru atau membocorkan tayar kereta guru. Pelajar-pelajar zaman ini berani mengambil tindakan terhadap guru-guru yang cuba mendisiplinkan mereka di sekolah. Buktinya,terdapat banyak kes pelajar melawan guru, mengugut guru , menumbuk guru, malah ada juga pelajar yang memukul guru walaupun hanya berumur 12 tahun.

    Satu kes pernah dilaporkan oleh akhbar Harian Metro berkaitan seorang murid darjah enam yang membelasah gurunya dengan penyodok sampah pada 18 April 2006 kerana tidak puas hati dengan hukuman guru terbabit terhadapnya berikutan tidak menyiapkan kerja sekolah.Dalam kejadian tersebut , murid itu dimarahi oleh guru dan disuruh menyiapkan kerja rumah sambil berdiri. ( Harian Metro, 26 April 2006)


     Terdapat juga dua kes dalam tempoh satu bulan yang dilaporkan di Kedah .Kes-kes tersebut membabitkan kes pelajar memukul guru. Kes pertama , seorang guru perempuan di sekolah Menengah Kebangsaan Tokai, Pendang telah ditampar oleh seorang pealjar tingkatan empat kerana menegur disiplin pelajar terbabit di perhimpunan pagi sekolah. Kes kedua pula,melibatkan seorang guru disiplin lelaki sekolah di Lebuhraya Sultranah Bahiyah. Guru tersebut dipercayai cedera di muka dan rusuk akibat tendangan ‘ala kungfu’ oleh dua orang pelajar.Sebelum kejadian, guru yang berusia 39 tahun itu dikatakan menegur kedua-dua pelajar tingkatan lima yang terbabit yang dipercayai enggan menjalani pemeriksaan dan cuba melarikan diri (Harian Metro, 17 April 2006).

    Kes yang berlaku di Negeri Sembilan pula melibatkan sembilan pelajar dan bekas pelajar yang cuba membakar sekolah. Tindakan pelajar-pelajar berkenaan dikatakan berpunca daripada perasaan tidak puas hati dengan tindakan disiplin yang dikenakan ke atas mereka. ( Utusan Malaysia. 23 Mei 2006). 



    Semua itu hanya sebahagian kecil daripada kes-kes yang dilaporkan melibatkan risiko yang terpaksa ditanggung oleh guru kerana cuba mendisiplinkan pelajar.Akibatnya kini, guru sering berada di dalam dilema dalam membuat keputusan yang bersangkut paut dengan disiplin pelajar.Guru tidak mempunyai lagi kuasa veto untuk menghukum pelajar. Andai diteruskan bentuk hukuman yang sama seperti zaman dulu iaitu dengan merotan, pasti akan dipertikaikan biarpun yang melaksanakan hukuman itu guru besar atau guru disiplin sekalipun.

    Bukan sahaja dibimbangi reaksi negatif pelajar atas hukuman yang dikenakan ke atas mereka tetapi respon daripada ibu bapa sering membatasi guru dalam menjatuhkan hukuman.. Terdapat ibu bapa yang lebih sedia menyalahkan guru daripada menerima hakikat bahawa anak mereka bersalah melanggar disiplin sekolah. Mereka tidak percaya anak mereka telah melakukan kesalahan serius di sekolah. Faktor campur tangan ibu bapa turut mendorong ada guru mengambil sikap mendiamkan diri terhadap pelajar yang melakukan kesalahan disiplin.

    Kes guru memukul pelajar sering menjadi topik media juga bualan hangat masyarakat. Kejadian guru memukul pelajar sering dipilih untuk dijadikan tajuk utama bagi media massa Pihak ibu bapa hari ini acapkali mencari jalan penyelesaian mudah bagi menangani masalah anak-anak mereka yang dipukul guru. Mereka lebih gemar berpaling kepada media sebagai perunding cara dan jalan penyelesaian segera. Sikap sebegini boleh dianggap tidak rasional dan tidak adil bagi para guru.

    Dalam beberapa kes guru memukul pelajar, ibu bapa sering menjadikan pihak media sebagai tempat mengadu hal sedangkan jalan terbaik ialah ibu bapa mendapat keterangan dari pihak sekolah terlebih dahulu sebelum mengambil apa jua tindakan. Seandainya ibu bapa cuma mendengar aduan anak mereka, sudah pastilah mereka akan menyalahkan guru yang memukul anak mereka. 

    Keadaan ini pasti sering membawa kepada laporan negatif kerana mengikut perasaan marah dan dendam ibu bapa itu sendiri. Pihak media massa pula sering memperbesar-besarkan isu ini dengan tujuan dapat melariskan jualan mereka. kerana ada sesetengah media massa cuma mengutamakan keuntungan sahaja tanpa mengutamakan kenyataan yang betul. Ada waktunya murid yang dipukul hanya mengalami segaris luka tetapi perkataan sensasi yang sering digunakan ialah ‘cedera’. Guru digambarkan sebagai jahat kerana memukul murid sedangkan tidak diberi difokuskan kepada sikap murid terbabit sebagai punca dia dipukul.

    Kes terbaru ialah kes pelajar mencekik guru. Pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di Kota Tinggi yang telah mencekik seorang guru wanita selepas dimarahi, telahpun dikenakan hukuman buang sekolah. 


    Bapa pelajar tersebut berasa kecewa dengan hukuman yang dikenakan ke atas anaknya yang disifatnya tidak wajar kerana anaknya tidak berpeluang untuk membela diri bagi menceritakan hal sebenar. Bapa pelajar itu menuntut agar pihak PPD menyiasat dengan terperinci dan tidak menyalahkan satu pihak. (Metro Ahad,29 Julai 2007).


     Saranan bapa pelajar itu supaya anaknya dan guru terbabit dipanggil untuk diberi keterangan memang ada asasnya. Malah Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar sudah mengarahkan agar pihak PPD memanggil pelajar, guru yang menjadi mangsa, Persatuan ibu bapa dan Guru (PIBG) selain polis untuk mendapatkan maklumat lanjut dan seterusnya pihak yang terlibat bermuzakarah untk menyelesaikan masalah.( Berita Minggu, Ahad, 29 Julai 2007)

    Walau bagaimanapun, tindakan bapa pelajar menggunakan media massa sebagai saluran untuk menegakkan keadilan adalah satu tindakan yang tidak wajar.Bapa pelajar itu cuba membuktikan bahawa anaknya tidak bersalah. 


    Dalam kes ini,biarpun tindakan pelajar itu mungkin berpunca daripada kesilapan guru wanita itu yang mungkin terlalu emosi dan menggunakan kaedah hukuman yang boleh dipertikaikan kebolehlaksanaannya namun mengasari guru tetap merupakan satu kesalahan yang serius dan pelajar itu wajar dihukum. Sewajarnya, bapa pelajar itu bertindak bertemu dengan pihak pentadbir sekolah atau pihak PPD untuk berbincang. bukannya mengadu nasib kepada pihak media.

    Penulis berpendapat bahawa hukuman buang sekolah adalah tindakan yang wajar.Kewajarannya boleh dilihat berdasarkan penjelasan Bekas Ketua Pengarah Pelajaran ,Tan Sri Murad Mohd Nor .Menurutnya, jika pendekatan nasihat dan hukuman gagal, pelajar akan menimbulkan masalah lebih besar di sekolah. Apabila keadaan ini berlaku,lebih baik pelajar terbabit ditarik keluar ke tempat lain kerana jika kekal di situ, dia akan mempengaruhi pelajar lain. Tegasnya lagi, apabila pelajar dihantar keluar, ibu bapa merayu supaya anaknya diberi peluang. Tan Sri bersetuju dalam hal ini namun beliau juga mempersoalkan bagaimana pula dengan peluang anak orang lain yang mahu belajar? (Berita Minggu, Ahad 29 Julai 2007)

    Perihal isu guru sendiri yang menimbulkan kontroversi, Tan Sri Murad Mohd Nor ketika membincangkan isu guru besar menampar murid dan warden menghukum pelajar berendam dalam kolam menegaskan bahawa kita patut sedar guru pada hari ini menghadapi banyak cabaran, terutama faktor luaran yang menekan mereka.Sebagai contoh, sikap ibu bapa terhadap guru. Walaupun 100 peratus tidak bersetuju dalam kes guru merendam pelajar-pelajarnya seperti yang berlaku di Sarawak, beliau meminta supaya masyarakat memikirkan niat baik guru berkenaan.Meskipun cara guru tersebut mendisiplinkan pelajar boleh dipertikaikan namun yang pasti pelajar yang melanggar disiplin sekolah adalah orang yang mementingkan diri sendiri dan tegas beliau, kelakuan ini harus dibenteras ketika di sekolah lagi.
     Kejadian-kejadian yang berlaku dan mendapat liputan meluas ini merupakan satu cabaran yang besar buat guru. Pastinya juga hal ini mampu membuatkan guru-guru berada dalam keadaan dilema. Niat untuk mendidik dan mendisiplin pelajar-pelajar dikekang oleh pelbagai faktor. Bagi guru yang pernah mengalami pengalaman buruk akibat cuba mendisiplinkan pelajar, berkemungkinan sudah serik atau trauma seperti yang terjadi kepada guru wanita yang dicekik oleh pelajarnya. Akhirnya berkemungkinan guru lebih berminat meneruskan pengajaran tanpa menghiraukan hal ehwal disiplin pelajar dan mengambil jalan keluar dengan tidak berbuat apa-apa apabila pelajar melanggar disiplin.

    Penulis sendiri pernah melihat bagaimana seorang guru wanita masuk ke dalam kelas dan terus menulis sesuatu di papan putih tanpa menghiraukan pelajar-pelajarnya yang masih belum bersedia untuk belajar. Ada yang sedang berbual-bual di luar kelas, ada yang masih leka bermain di dalam kelas. Malah yang lebih menghairankan , ada pelajar kelas lain yang berada di dalam kelas tersebut tetapi masih meneruskan aktiviti mereka. 

    Mereka tidak mempedulikan kehadiran guru. Hanya selepas lebih kurang 10 minit kemudian, dengan sendirinya pelajar-pelajar tersebut duduk di tempat masing-masing dan mengeluarkan buku dan membuat catatan. Walau bagaimanapun, masih ada pelajar yang tidak berbuat apa-apa tetapi hanya bersembang sahaja di dalam kelas.

    Guru tersebut tidak boleh disalahkan kerana beliau pernah keguguran lantaran terlalu stress dan menghadapi trauma akibat perbuatan pelajarnya yang degil dan melawannya ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Hal itu berlaku ketika beliau cuba untuk mendisiplinkan pelajar-pelajarnya. Selepas peristiwa itu, guru tersebut mengambil langkah yang lebih selamat iaitu dengan tidak terlalu emosi dalam menegur tingkah laku pelajar, sebaliknya membiarkan pelajar dengan hal sendiri.

    Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Noh Omar tidak menafikan bahawa kadang kala ada guru yang bertindak ‘keterlaluan’ tetapi kebiasaannya setiap tindakan itu berpunca daripada perbuatan pelajar itu sendiri ( Berita Utara, 25 Julai,2007). Baru-baru ini berlaku kes seorang guru telah menumbuk pelajar perempuan.Menurut laporan akhbar, hal ini dikatakan berpunca daripada kata-kata kasar yang diucapkan oleh pelajar tersebut kepada gurunya. Malah pelajar mencabar guru tersebut untuk mengambil tindakan menumbuknya. Provokasi yang dilakukan oleh pelajar itu telah menghilangkan kesabaran guru itu.Pastinya guru tersebut terasa keegoaannya dan kredibilitinya sebagai guru tercabar dan diperkotak-katikkan oleh pelajarnya sendiri.

    Pihak pentadbir sekolah haruslah memainkan peranan mereka dan membantu guru-guru agar dapat menumpuh cabaran dalam mendidik dan mendisiplinkan pelajar. Mereka hendaklah memastikan bahawa pada peringkat awal, guru-guru baru dan tidak berpengalaman tidak dibebani dengan tugas dan tanggungjawab yang besar dalam mendidik dan mendisiplinkan pelajar seperti menjadi guru disiplin atau warden. Kes merendam pelajar yang berlaku di Sarawak merupakan satu contoh yang boleh dijadikan iktibar oleh pentadbir sekolah.Guru yang berumur baru 27 tahun telah diberi tugas sebagai warden asrama. Tanggungjawab yang diberikan kepada guru muda ini tentunya amat berat.

    Kemungkinan guru tersebut menghadapi tekanan dan akhirnya mengambil tindakan mengikut emosi.Mungkin tindakan merendam pelajar tidak berlaku sekiranya yang menangani masalah ialah guru yang lebih berpengalaman.Sebagaimana yang dinyatakan oleh Tan Sri Murad Mohd Nor dalam kes tersebut bahawa perbezaan umur antara warden dan pelajar tidaklah besar. Sarannya, biarlah warden yang menangani masalah pelajar membuang tuala wanita ke dalam tandas itu seseorang yang lebih berumur dan boleh bertindak sebagai ibu. Dalam hal ini, seharusnya pihak pentadbir sekolah memberi peluang kepada guru-guru baru untuk menimba pengalaman daripada guru-guru yang telah lama bertugas, terutamanya dalam hal-hal berkaitan cara dan kaedah menangani pelajar bermasalah dan tindakan yang wajar dalam mendisiplin pelajar. Biarlah mereka menjalankan tugas sebagai penolong atau AJK bukannya ketua dalam sesuatu tugas yang berat seperti tugas sebagai guru disiplin atau warden asrama.
     Selain itu, dalam usaha mempertingkatkan kualiti guru dan menyediakan guru dengan pelbagai ilmu pengajaran , perhatian juga harus diberi terhadap faktor rohani guru. Perkembangan staff untuk para guru dan wajib diadakan di sekolah hendaklah diisi juga dengan kursus-kursus motivasi. Bukan pelajar sahaja harus dimotivasi tetapi para guru pun perlu diberikan kata-kata semangat untuk terus berjuang mendidik anak bangsa dengan niat yang ikhlas. Cabaran yang dihadapi oleh guru pada era globalisasi ini amat besar . Guru perlu dimotivasi supaya rasa cinta akan profesion mereka akan terus mekar di hati biarpun pelbagai cabaran terpaksa ditempuh . Melalui cara ini, para guru akan lebih tabah menghadapi cabaran yang mendatang.

    Dalam pada itu, kursus pengawalan emosi dan tekanan juga dapat membantu guru dalam menjalankan tugas mereka. Kadang kala, tekanan atau stress menyebabkan guru keterlaluan dalam tindakan mendisiplinkan pelajar.Adakalanya tekanan menyebabkan mereka tidak dapat mengawal emosi dan hilang sabar dalam menghadapi kerenah pelajar-pelajar yang nakal. Dr. Robiah K. Hamzah, seorang pakar motivasi sendiri mengakui bahawa jalan terbaik menangani masalah disiplin ialah guru pandai mengawal emosi. Namun , pada masa yang sama, guru juga perlu menunjukkan ketegasan dalam kelembutan (Harian Metro, Isnin 6 Ogos 2007)
     Jesteru, guru harus diberi pendedahan dan ilmu pengawalan emosi dan tekanan supaya mereka lebih bersedia andai terpaksa berdepan dengan perlakuan melampau batas pelajar-pelajar. Kursus pengawalan emosi dan tekanan mampu membuka minda para guru. Sudah pastinya emosi yang stabil dan fikiran yang tenang membolehkan guru mendidik dan mendisiplin pelajar dengan cara lebih berkesan. Kursus jangka pendek tentang kaedah dan cara mendisiplinkan pelajar oleh guru-guru yang berpengalaman terutamanya guru-guru disiplin wajar juga diadakan. Biarpun para guru (terutama guru baru) telah didedahkan dengan teori-teori psikologi kanak-kanak dan remaja sewaktu menjalani latihan perguruan namun situasi yang berlaku di sekolah ada kalanya di luar jangkaan. Diharapkan agar ilmu mendisiplinkan pelajar dan menangani pelajar bermasalah hasil daripada pengalaman-pengalaman guru-guru lama dapat dikongsi bersama-sama terutamanya dengan guru-guru baru.

    Lazimnya, guru-guru yang berpengalaman sedar bahawa penguatkuasaan peraturan sekolah perlu dilaksanakan dengan cara yang berhemah. Pelajar-pelajar sekarang mudah menentang sekiranya pendekatan yang digunakan guru bertentangan dengan jiwa mereka. Mereka tidak sanggup menerima hukuman secara membuta tuli dan akan bertindak menentang. Sebagai contohnya, kes guru dicekik pelajar . Pelajar tersebut melaporkan kepada akhbar bahawa dia dan kawan-kawannya disuruh oleh guru supaya melakukan tekan tubi di kawasan laluan air tandas yang kotor. Jika benar sebagaimana yang dilaporkan, tentunya tindakan pelajar melarikan diri daripada hukuman itu merupakan sesuatu tindakan yang rasional dan logik.Masakan mereka sanggup melakukan tekan tubi di kawasan laluan air kotor. Bukan sahaja menjijikkan malah mungkin akan menjejaskan kesihatan.

    Dalam hal ini, saranan Dr. Rubiah K. Hamzah, elemen perasaan dalam perlaksananaan peraturan seharusnya diambil perhatian oleh para guru. Menurutnya, untuk mewujudkan ‘keserasian’ antara guru-pelajar, peraturan sekolah mestilah ada elemen perasaan.Peraturan saling berkait dengan emosi manusia, jadi perlu ada cetusan emosi di dalamnya.( Harian Metro, 6 Ogos 2007). Dalam erti kata lain, guru-guru perlu memasukkan elemen perasaan dalam melaksanakan atau menguatkuasakan sesuatu peraturan supaya pelajar akur.Ledakan perasaan yang mencetuskan masalah disiplin yang lebih besar dapat dielakkan.

    Guru seharusnya diberi peluang untuk ‘bernafas’. Cabaran mendidik dan mendisiplinkan pelajar bukanlah tugas yang mudah. Masyarakat tidak seharusnya hanya menunding jari kepada guru setiap kali timbul masalah disiplin dalam kalangan pelajar-pelajar. Kebimbangan Ruhaiza Rusmin yang dinyatakan dalam tulisannya “Guru Emosi, Pelajar Melenting”,ada benarnya. Beliau bimbang semangat berkobar-kobar guru akan merundum. Ditakuti sikap kurang ajar pelajar akan mencantas dedikasi guru memberi ilmu dan hal ini tentunya merugikan pelbagai pihak terutamanya ketika negara menuju Wawasan 2020.( Harian Metro, Isnin 6 Ogos 2007).
     Sesungguhnya tugas mendidik dan mendisiplin pelajar tidak harus hanya dihadapi oleh golongan guru dan pentadbir sekolah sahaja. Ibu bapa perlu menaruh kepercayaan kepada guru-guru tetapi tidak bersikap lepas tangan. Tanggungjawab mereka memberi kasih sayang dan didikan agama kepada anak-anak mereka harus dijadikan agenda utama dalam membentuk keluarga yang bahagia. Apabila anak-anak diasuh dengan baik dan diberi perhatian, usaha guru membudayakan ilmu lebih mudah dilaksanakan. Tentunya masalah disiplin pelajar tidak timbul malah misi disiplin sifar akan lebih mudah dicapai.

    Pengarah Pelajaran Perak, Datuk Mohamed Zakaria Mohd Noor ketika hadir majlis perasmian Siri Jelajah Kempen Menangani Gejala Displin Murid Di Sekolah turut menegaskan bahawa ibu bapa atau penjaga harus memainkan peranan penting dan tidak harus terlalu bergantung kepada sekolah dalam menangani masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan pelajar. Menururt beliau lagi, ibu bapa dan penjaga harus bekerjasama dengan mengambil berat terhadap segala aktiviti yang disertai anak mereka sama ada di sekolah atau di luar sekolah ( Berita Harian, 19 Disember 2006). Yusri Abdul Malek juga mempunyai pendapat yang sama. Beliau menegaskan bahawa masalah disiplin ini bermula dari rumah, jika ibu bapa sentiasa mengambil berat, pasti anak mereka menjadi orang yang boleh diharapkan pada masa depan. Sarannya lagi, ibu bapa hendaklah menghentikan tuduhan, sebaliknya memastikan anak mereka tidak terbabit melakukan salah laku.Jika ibu bapa mampu mendisiplinkan anak di rumah, pasti anak mereka akan berdispilin di sekolah atau di luar rumah.(Harian Metro, 25 Mei 2006)

    Siti Aishah Mahamad dalam tulisannya “Pendekatan Mendidik Lebih Sesuai Atasi Masalah Remaja” pula menekankan peri pentingnya pelbagai pihak memainkan peranan masing-masing dalam mendidik dan mendisiplinkan pelajar.


     Institusi dalam masyarakat seperti masjid atau surau boleh berfungsi dengan luas sebagai pusat pendidikan Islam bagi seluruh lapisan masyarakat terutamanya untuk menarik remaja mengikut cita rasa golongan itu seperti penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Kelab Rukun Tetangga yang dibentuk di kawasan perumahan perlu mengenal pasti masalah dan membuat perancangan aktiviti berbentuk kebajikan atau mencegah kemungkaran seperti masalah remaja melepak lelaki perempuan dan melakukan perbuatan sumbang.Pihak KRT perlu menggunakan pendekatan mendidik sebelum menghukum atau memberikan hukuman yang membina.

    Siti Aishah juga tidak mengenepikan peranan Pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Tegasnya, NGO juga boleh membantu golongan remaja bermasalah ini. NGO boleh melaksanakan atau bekerjasama dengan pihak sekolah, agensi kerajaan atau mana-mana institusi dalam masyarakat setempat. Tuntasnya, jaya atau gagalnya usaha mendidik dan mendisiplinkan pelajar sepatutnya ditanggung bersama oleh semua pihak bukan terletak di bahu guru semata-mata.

    Dengan memastikan tugas mendidik dan mendisiplin pelajar adalah tanggungjawab bersama, masalah disiplin pelajar dan cara sekolah menanganinya tidak lagi menjadi isu dan tidak menimbulkan kesan negatif kepada guru , pelajar mahupun ibu bapa .


     Melalui kerjasama daripada pelbagai pihak, pasti para guru lebih mudah menempuh cabaran yang mendatang berbekalkan semangat juang yang tinggi. Akan terlerailah konflik dalaman yang dihadapi oleh para guru dan akan lebih mudahlah para guru berusaha menyusun langkah dan mengatur strategi meneruskan perjuangan dan memikul amanah Allah sebagai pendidik anak bangsa . Maka akan lahirlah modal insan yang cemerlang,gemilang dan terbilang sebagai pewaris negara.





    Berita Ekonomi PETRONAS tawar RM8.8b beli baki saham MISC

    $
    0
    0
    Berita Ekonomi PETRONAS tawar RM8.8b beli baki saham MISC 

    MISC pengendali kapal tangki gas asli cecair kedua terbesar di dunia. - Foto Hiasan 
     MISC pengendali kapal tangki gas asli cecair kedua terbesar di dunia. - Foto Hiasan
     
     
    PETRONAS membuat tawaran bernilai RM8.8 bilion untuk membeli semua baki saham yang tidak dimilikinya dalam MISC Bhd.

    Ia menawarkan membeli saham syarikat perkapalan itu pada harga RM5.30 sesaham dan bercadang menjadikannya sebagai sebuah syarikat persendirian.


    Harga yang ditawarkan itu adalah 18.04 peratus atau 81 sen lebih tinggi berbanding harga penutup saham MISC pada Rabu lalu iaitu RM4.49 sesaham. 



     


    CIMB Investment Bank Bhd bagi pihak MISC dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam berkata, PETRONAS dalam surat tawarannya menyatakan tawaran pengambilalihan itu kekal terbuka sehingga jam 5 petang pada 5 Mac ini.

    Harga tawaran pada RM 5.30 sesaham itu juga adalah 19.64 peratus lebih tinggi berbanding harga purata jumlah berwajaran (VWAP) saham MISC untuk tempoh lima hari; 24.41 peratus (VWAP untuk tempoh sebulan); 27.10 peratus (VWAP untuk tempoh tiga bulan); 25 peratus (VWAP untuk tempoh enam bulan); dan 18.83 peratus (VWAP untuk tempoh setahun), jelasnya.

    Sementara itu, PETRONAS dalam kenyataan berasingan berkata, tawaran untuk mengambil alih keseluruhan baki saham yang tidak dimilikinya dalam MISC itu adalah bersyarat setelah ia menerima persetujuan sah daripada pemegang saham yang terbabit yang menyaksikan ia menguasai lebih 90 peratus saham syarikat perkapalan itu.

    Menjelaskan rasional pengambilalihan itu, ia menegaskan, MISC, sebagai anak syarikat 62.67 peratusnya, adalah satu bahagian yang penting dalam perniagaan bersepadu kumpulan itu dan latar belakang industri semasa serta ekonomi global yang tidak menentu menjadikan usaha untuk mengekalkan dan mengubah perniagaan syarikat perkapalan berkenaan semakin mencabar.
    Tawaran ini adalah satu langkah penting buat PETRONAS menjadikan MISC syarikat milik persendirian, sekali gus memiliki kawalan penuh dan fleksibiliti dalam menentukan hala tuju strategik syarikat itu, katanya.

    PETRONAS menegaskan, ia tidak merancang untuk menghentikan kakitangan sedia ada MISC atau menambahkan lagi bilangannya.

    Katanya, ia juga tidak merancang untuk membuat tawaran pengambilalihan berasingan bagi saham anak syarikat senaraian yang dikuasai MISC, iaitu Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd.

    MISC adalah pemilik dan pengendali kapal tangki gas asli cecair (LNG) kedua terbesar di dunia selepas Qatar Gas Transport Co.

    Bagi tahun kewangannya yang berakhir 31 Disember 2011, MISC mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM1.22 bilion, berbanding keuntungan sebelum cukai RM2.46 bilion yang dicatatkan untuk tempoh sembilan bulan tahun kewangan 2010.

    Pendapatannya dalam tempoh itu adalah sebanyak RM8.5 bilion, lebih rendah 9.5 peratus berbanding RM9.4 bilion yang dicatatkan dalam tempoh sembilan bulan 2010.

    Kumpulan itu mengubah tahun kewangannya kepada 31 Disember daripada 31 Mac sebelum ini, justeru menyebabkan tempoh kajian bagi tahun kewangan 2011 hanya sembilan bulan.

    Kerugian besar RM1.22 bilion itu disebabkan peruntukan RM1.4 bilion untuk menghentikan perniagaan perkhidmatan perkapalan kontenanya tahun lalu serta kemerosotan besar bagi caj perkapalannya kesan daripada penyusutan pasaran perkapalan.

    Susulan langkah itu, MISC menjual 16 kapal kontenanya serta menutup antara lapan hingga 10 cawangan operasinya yang berkaitan dengan perniagaan berkenaan di luar negara termasuk di Australia, Jepun, Singapura, New Zealand, Thailand, Sri Lanka, India dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). 


     SUMBER; BERITA HARIAN, 2013/02/01 - 06:56:43 AM

    Kereta PROTON Saga FLX lebih selamat

    $
    0
    0
    Kereta PROTON Saga FLX lebih selamat 


    PROTON Saga FLX, model kereta sedan keluarga paling popular, diberikan tiga bintang dalam Program Penilaian Kereta Baru ASEAN (NCAP).

    PROTON Holdings Bhd dalam kenyataannya berkata, keputusan ujian perlanggaran bahagian depan NCAP ASEAN pertama diumumkan semalam pada Hari Terbuka NCAP ASEAN yang diadakan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) di makmal pelanggaran di Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan Melaka.
     
     Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Mohd Khamil Jamil, berkata kini sudah tiba masa untuk mengubah persepsi tentang jenama PROTON, kerana ia adalah kereta yang berkualiti baik dan dijual pada harga berpatutan. 
     
     


    “Arah baru PROTON untuk meningkatkan lagi produk kami di semua peringkat, jelas menunjukkan komitmen kami untuk menyediakan pelanggan kami dengan tahap perlindungan keselamatan yang tinggi.

    “Pencapaian ini adalah bukti usaha memperbaiki kualiti kereta dan PROTON Saga adalah kereta selamat yang lulus program penilaian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa NCAP ASEAN,” katanya.

    Mohd Khamil berkata, PROTON Saga FLX yang memiliki kemajuan teknikal dan ciri-ciri keselamatan, dikenali kerana prestasi, pemanduan dan pengendalian yang hebat.


    BERNAMA, 2013/02/01 - 06:05:36 AM



    MASUK KANDANG KAMBING MENGEMBEK, MASUK KANDANG KERBAU MENGUAK

    $
    0
    0
    MASUK KANDANG KAMBING MENGEMBEK, MASUK KANDANG KERBAU MENGUAK



    Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebenarnya, catatan ini, puas sudah saya fikirkan apakah tajuk yang sesuai di blog peribadi ini. Lama sudah saya tidak mencatat catatan pengalaman kehidupan saya secara online.

    Pada dinihari ini, saya cuba mencatat sesuatu dan semoga ia memberi panduan kepada saya di hari muka.

    Catatan MENANGANI PELAJAR NAKAL Oleh Tuan Haji Muhammad Yusof Jamar  bagi saya sangat membantu saya sebagai 'orang baru' dalam dunia pendidikan.  Bagi saya walaupun sudah berada lebih 1 dekad dalam arena ini, ada sahaja ilmu baru dan kemahiran baru yang didapati setiap hari apabila berada di arena ini.




    Misalnya, kini saya berada di tempat baru. Suasana baru. Budaya baru. Saya akui kejutan baru bagi saya, walaupun sudah hampir 9 tempat tempat saya pernah berada. Pernah ditempatkan di luar bandar, di pedalaman dan di bandar. Bahkan saya sendiri pernah dibesarkan dan pernah menimba ilmu peringkat sekolah di sebuah bandaraya yang sarat dengan gelagat kehidupan.

    Bahkan kos sara hidup yang sangat tinggi di situ membuatkan saya dilatih memiliki dan mengasah ilmu tebat diri agar mandiri dan berdaya saing. Benarlah kini. Luar bandar atau dalam bandar, kini tiada beza dek dunia tanpa sempadan. 

    Sesuatu yang harus saya ingat, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Bukanlah bermakna ingin menjadi sesumpah. Kadang saya terlupa.
    Saya terlalu realistik. Saya terlalu optimis. Sampai saya kadang terlupa, pasti ada sebab mengapa di tempat baru ini saya menemui 'sesuatu' yang aneh rasanya. Hari ini, siang tadi, Jumaat, 1.3.2013, setelah sebulan berada di situ, saya melalui satu lagi pengalaman pahit dalam arena ini. Saya temui lagi jawapan...pada Hari Jumaat yang mulia ini.

    Mengertilah saya kini. Betapa terhakisnya rasa hormat murid kepada guru. Apabila sang guru menegur, dengan penuh hikmah dan tanpa rotan, agar dia segera pergi mengikut arahan guru disiplin, dia memarahi saya pula. Pasti ada sebab dia dan kawannya berani 'beta'.  Sebabnya itu, biarlah saya off the record. Dan mungkin inilah salah satu jawapan yang Allah berikan pada saya mengapa wujud suasana 'aneh' itu.

    Selain itu, saya sedar  keadaan fizikal saya juga sering menjadi gurauan anak-anak ini.  Sangat berbeza dengan tempat-tempat lain yang pernah saya menabur bakti.  Ia adalah  sebagai satu cabaran untuk saya. Kini Terdapat Pelbagai Cabaran Pendidik Mendidik Pelajar Zama Cyber sila klik di sini.  

    Semoga situasi ini bukan suatu momokan dan kekangan merealisasikan visi dan misi organisasi. 

    Di Bulan Rabiul Awwal 1434 yang masih berbaki beberapa hari lagi, saya menyoroti sirah da'wah Rasululluah SAW. Terlalu banyak dugaan yang perlu Nabi Muhammad SAW tempuhi. Pahit maung Baginda SAW menyampaikan risalah tauhid, tidak terlukis oleh tangan tidak tergambar oleh mata.

    Baginda difitnah, diugut, diancam bunuh, dihina keluarganya,  dan pelbagai lagi kepahitan, tetapi tidak sedikit pun Baginda mengeluh dan berputus asa daripada rahmat Allah SWT.  Subhanallah. Pertolongan Allah sentiasa ada bersama kekasihNya.

    Ujian dan dugaan saya hanyalah terlalu sedikit dibandingkan dengan Kekasih Allah itu. Semoga saya cekal sepertimana pesanan Allahyarhamah Siti Hajar Bt Ahmad Sabir di sini.



    MENANGANI PELAJAR NAKAL





    Biasalah di dalam kelas ada pelajar yang mencuba-cuba nasib. Dia dikira berjaya jika guru gagal berhadapan dengannya. Guru jadi hilang punca. Guru menangis. Guru naik berang. Tanda-tanda itu memberi kepuasan kepada pelajar yang nakal. Pancing dan umpan yang dipasangnya mengena. Guru terperangkap. Hanya guru-guru yang sifat profesionalnya tinggi sahaja dapat bertenang dan berjaya melihat permasalahan secara holistic. Jangan beremosi. Guru tidak boleh emosi. Marahlah. Tetapi jangan emosi. Ya, belajarlah berhadapan dengan situasi-situasi yang mencengkam itu. Jika gagal banyak padah lain menyusul. Tidak selesai satu, akan muncul pula masalah lain.
    Tidak semua guru berhadapan dengan pelajar yang nakal. Pelajar yang sama mungkin nakal kepada seorang guru tetapi dia tidak nakal kepada guru yang lain. Seorang guru perlu tahu kimia yang serasi antaranya dengan pelajar-pelajarnya. Guru mesti mengenalpasti situasi yang membolehkannya click dengan pelajarnya. Carilah pengalaman itu. Perhati setiap waktu trait, sifat dan keunikan setiap pelajar di bawah kawalannya. InsyaAllah akan ditemui ramuannya jika ada ketelitian. Tentulah perlukan keikhlasan kerana ingin membantu. Kerana ingin menyumbang. Kerana ingin mendidik. Kerana ingin memandaikan mereka.

    Pelajar yang nakal ada sejarah peribadinya. Lazimnya pelajar itu ada sejarah keluarga. Ada sejarah gurunya yang terdahulu. Ada sejarah rakan-rakannya. Ada sejarah mental dan psikologinya. Tindakan terburu-buru tidak membantu. Tindakan spontan juga tidak membantu. Marah tidak membantu. Mendiamkan perkara itu berlalu juga amat tidak membantu. Pelajar itu perlukan pertolongan. Ia perlukan seseorang mengeluarkannya dari situasi tenggalam dalam mainan dirinya. Dia tidak tahu nilai negatif orang lain terhadapnya. Dia belum menerima kesedaran hakiki bahawa pernbuatannya mengganggu gurunya. Mengganggu pelajar lain yang ingin belajar. Pelajar lain yang wawsannya jauh melangkaui masa yang ada.

    Perhatikan tanda-tandanya. Pelajar yang nakal mesti ada pengikut. Pengikut inilah yang memburukkan keadaan. Mereka menyokong apa sahaja yang dibuat ketuanya. Kadang-kadang yang nakal itu bukan ketuanya. Pelajar itu hanya proxy sahaja. Ada ketua di belakangnya. Perhatikan betul-betul. Ring leader itu duduk berhampiran pelajar yang nakal. Dia membaling batu tetapi menyembunyikan tangannya. Orang lain yang kena hukum nanti. Guru melihat bukti yang nampak. Bukan yang tersirat. Wlau bagaimanapun pelajar yang nakal pada kebanyakan masa memang dirinyalah yang nakal. Terserlah nakalnya. Pengikutnya tetap ada. Pelajar nakal perlukan penyokong. Yang mendokong apa sahaja yang dilakukannya.

    Pelajar nakal mestilah dipisahkan dari rakan dan penyokongnya. Atau keadaan sebaliknya dilakukan. Pisahkan penyokong dan rakan karibnya. Bila keseorangan, nakalnya akan hilang. Penyokongnya tidak lagi berani memberikan sokongan. Jarak boleh mengubah esprit de corp yang mereka bina. Setiakawan yang negatif. Menjauhkan antara mereka bererti menjauhkan hubungan peribadi mereka. Untuk melakukan perubahan, guru hendaklah memahami beberapa perkara terlebih dahulu. Ke mana hendak dipindahkan pelajar yang menjadi sasaran itu. Tidak boleh sebarangan. Takut nanti menambahkan beban masalah. Kesimpulan saya ialah, pelajar nakal lazimnya lelaki walaupun ada kalanya pelajar perempuan. Pertama pastikan saiznya. Sama ada tinggi atau besar.

    Pelajar nakal atau penyokongnya hendaklah dipindahkan ke kerusi-kerusi yang jauh dari kedudukan asal. Jarak adalah untuk menghalang mereka berkomunikasi secara perlahan. Jika jauh tentu tidak mungkin mereka memekik antara satu sama lain. Kerusi-kerusi yang strategik banyak. Pertamanya semua meja di baris hadapan. Baris yang pertama. Syaratnya pelajar itu bersaiz kecil. Jika bersaiz besar hendaklah ditempatkan di penjuru kanan atau kiri barisan hadapan. Atau di penjuru kanan dan kiri di barisan terakhir. Atau di tengah-tengah barisan terakhir.

    Bagi pelajar yang bersaiz kecil boleh didudukkan di tengah-tengah tanpa mengira baris mana sekalipun. Atau boleh juga ditempatkan di sebelah pelajar yang berlainan jantina. Tempat-tempat tadi adalah strategik. Pada bila-bila masa guru boleh mengawal mereka. Mudah memandang mereka. Mereka mengawal empat penjuru. Pelajar nakal dikawal dengan ditenung. Dibeliakkan mata. Diacah untuk dipukul. Atau boleh juga direnung tanpa memejamkan mata. Pandang lama-lama. Tanpa berkata apa-apa. Berhenti mengajar. Berhenti bergerak. Kekalkan berdiri di tempat guru sedang berdiri. Renung dan renung. Belajar menentang mata pelajar. Belajar mengalahkan tenungannya. Keraskan hati untuk mengalahkannya. Jika boleh sambil merenung sambil kecilkan mata. Pandang tajam-tajam. Seolah-olahnya menembusi matanya. Tikam-tikam hatinya. Tikam kepalanya dengan tenungan tajam itu. Walaupun dia mengalihkan pandangannya, teruskan berikan tenungan. Kira-kira 10 hingga 20 saat lamanya. Biar dia tahu guru sedang tidak puashati dengannya. Tenungan tanpa bicara biasanya lebih bisa dari kata-kata yang hanya akan ditertawakannya sahaja.

    Nanti dia akan tersipu-sipu. Dia akan terkesima. Dia akan terkedu sendiri. Dia akan terpempan. Terkulai dengan renungan guru. Jika ada penyokongnya yang membantu, alihkan renungan kepada penyokongnya pula. Begitulah silih berganti. Saya pernah melakukannya. Saya biasa melakukannya. Waktu saya muda dahulu saya garang juga. Bengis juga. Cuma kaedahnya berubah. Semakin saya tua, semakin malas hendak bercakap. Letih tidak tentu pasal. Senang. Guna mata sahaja. Lazimnya memberi impak yang kuat. Pelajar takut dengan renungan sebenarnya. Lebih pedih dari kata-kata. Sedangkan kata-kata itu lebih berbisa dari mata pedang. Cubaah hari ini. Jika tidak berjaya nanti kita cuba cara lain. Banyak, jika rajin menggalinya. 


    SUMBER; http://mdyusofjamarblogspotcom.blogspot.com/

    Viewing all 49 articles
    Browse latest View live